Pertembungan murid, ‘sifu’

Pertembungan murid, ‘sifu’

DUA sahabat, Mikel Arteta (kiri) dan Pep Guardiola akan berseteru esok apabila Arsenal menentang Manchester City dalam Piala FA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengendali Arsenal, Mikel Arteta mengakui, dia ­lebih rela bersaing merebut gelaran dengan orang lain berbanding Pep Guardiola apabila bakal berentap dengan ‘sifunya’ itu sekali lagi pada pusingan keempat Piala FA esok.

Arteta dan Guardiola juga bersaing sengit dalam perebutan gelaran Liga Perdana Ing­geris, di mana Arsenal berada di tangga teratas, manakala Manchester City menghambat di kedudukan kedua.

Kedua-dua jurulatih dari Sepanyol itu pernah berkerjasama dari 2016 hingga 2019, di mana Arteta bertindak sebagai pembantu Guardiola sebelum meninggalkan The Citizens untuk membimbing Gunners.

Justeru Arteta menegaskan persaingan sengit antara dirinya dan Guardiola musim ini tidak akan menjejaskan persahabatan mereka.

PEMAIN Arsenal menjalani latihan akhir semalam sebelum bertandang ke Manchester untuk menentang City dalam pusingan keempat Piala FA awal pagi esok. – IHSAN ARSENAL FC

“Ia tidak akan mengubah persahabatan kami kerana dia (Guardiola) insan penting dalam hidup dan kerjaya saya.

“Kami berdua mahukan kemenangan dan memastikan pa­sukan kami dalam keadaan terbaik. Saya lebih rela menentang orang lain.

“Saya sentiasa mahu melihat yang terbaik daripada Pep, jadi apabila dia menjadi penghalang saya, ia memberi satu perasaan yang pelik,” jelas Arteta.

City memegang rekod baik ke atas Arsenal dengan memenangi lima daripada enam pertemuan terakhir mereka.

Begitupun, anak-anak buah Arteta menunjukkan prestasi ketika ini, dan dua pasukan terbaik liga itu juga belum menguji satu sama lain musim ini.

Selepas mengharungi 19 perlawanan liga, Arsenal mengungguli carta dengan 50 mata, lima mata di depan City.

Kedua-dua pasukan akan ­be­rentap lagi dalam saingan liga pada bulan depan dan April ini.

“Apa yang akan berlaku tidak menggambarkan perjalanan liga kerana Piala FA dan Liga Perdana dua kejohanan berbeza,” kata ­Arteta.

Arteta dan Guardiola juga di­jangka melakukan beberapa pertukaran bagi memberi peluang buat pemain utama berehat.

‘Mesin gol’ City, Erling Haa­land mungkin direhatkan daripada kesebelasan utama, manakala Arsenal dijangka meletakkan Matt Tur­ner sebagai penjaga gawang. – AGENS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya