Pearly-Thinaah ubat luka Aaron-Wooi Yik le

Pearly-Thinaah ubat kekecewaan Aaron-Wooi Yik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah meneruskan misi memburu kejuaraan pertama tahun ini apabila melangkah ke separuh akhir badminton Indonesia Masters di Jakarta, hari ini. 

Turun sebagai pilihan keenam, Pearly-Thinaah mempamer aksi mantap ketika menang mudah 21-10, 21-12 kepada pasangan China, Li Wen Mei-Liu Xuan Xuan, sekali gus menempah pertemuan  dengan beregu Jepun, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota. 

Fukushima-Hirota yang mengenepikan pasangan India, Tanisha Crasto-Ashwini Ponnappa 21-13, 21-18 menang dua kali dan tewas dua kali dalam empat pertemuan dengan pasangan Malaysia.

Pearly-Thinaah bagaimanapun menang 21-14, 21-19 dalam pertemuan terakhir pada Malaysia Masters, Julai tahun lalu.

Selepas tersingkir seawal pusingan pertama Terbuka Malaysia, selain ditunjukkan jalan keluar oleh pasangan Jepun, Chiharu Shida-Nami Matsuyama pada separuh akhir Terbuka India minggu ini, Indonesia Masters adalah peluang terbaik buat Pearly-Thinaah untuk memburu kejuaraan sulung pada 2023.

Kemenangan juara Terbuka Perancis itu juga mengubati duka peminat badminton Malaysia yang sebelum ini menyaksikan impian Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk menjulang kejuaraan pertama dalam Jelajah Dunia terus menemui kegagalan.

Lebih menyakitkan, juara dunia yang baru ‘dinaikkan pangkat’ ke ranking kedua Persekutuan Badminton Dunia (BWF) itu tumpas kepada pasangan No. 21 dunia, He Ji Ting-Zhou Hao Dong dari China 17-21, 10-21.

Ini kali ketiga berturut-turut tahun ini Aaron-Wooi Yik gagal dalam percubaan untuk merangkul kejuaraan dalam kalendar Jelajah Dunia.

Beregu lelaki utama negara itu sebelum ini tersingkir seawal pusingan kedua Terbuka Malaysia awal bulan ini selepas tumpas 10-21, 21-23 kepada pasangan China, Liu Yu Chen-Ou Xuan.

Mereka berjaya memperbaiki prestasi pada Terbuka India di New Delhi minggu lalu, namun masih gagal membawa pulang kejuaraan selepas kalah 21-14, 19-21, 18-21 kepada satu lagi beregu China, Liang Wei Keng-Wang Chang. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.