Orang kaya Arab ambil alih Liverpool bulan depan?

Orang kaya Arab ambil alih Liverpool bulan depan?

LIVERPOOL dijangka bertukar tangan kepada pemilik ‘kaya’ dari Arab, bulan depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Liverpool bakal diambil alih pemilik baharu dari Asia Barat yang ‘sangat kaya’ selepas Fenway Sports Group (FSG) mengeluarkan ken­yataan bersedia untuk melepaskan kelab bulan depan.

Dalam 18 bulan lalu, telah berlaku pertukaran pemilik secara total di Newcastle United dan Chelsea, sekarang terdapat khabar angin yang mengaitkan Tottenham dengan pelaburan daripada pemilik Paris Saint-Germain (PSG), Qatar Sports ­Investments.

Ketika ini, Liverpool pula dilaporkan menjadi sasaran selepas Qatar menjadikan pembelian Reds sebagai keutamaan.

Menurut The Telegraph ­tawaran rasmi dijangka dibuat bulan depan, manakala menurut The Mirror, pemilik Liverpool, FSG mahu 4 bilion pound (RM21 bilion) setelah meminta Goldman Sachs dan Morgan Stanley untuk membantu proses jualan.

Dengan Abu Dhabi memiliki Manchester City dan Arab Saudi membeli Newcastle pada Oktober 2021, Liverpool akan menjadi kelab ketiga dimiliki hartawan Asia Barat.

FSG dipercayai mahu menjual Reds selepas prestasi me­rudum kelab itu dan mengikuti jejak Roman Abramo­vich yang meraih keuntungan besar selepas menjual aset Chelsea.

Manchester United juga mahu dijual oleh Keluarga Glazer, namun tidak ada khabar tentang minat Qatar terhadap Red Devils.

Di sebalik kritikan terhadap pemilikan Liverpool daripada penyokong Reds, FSG telah banyak melabur dalam infrastruktur termasuk pembangunan semula ­Anfield yang membolehkan stadium itu menampung lebih 60,000 penonton, selain menukar kemudahan pusat latihan.

Liverpool dijual pada awal musim 2010-2011 apabila kelab itu berada di ambang muflis dan pemiutang meminta Mahkamah Tinggi membenarkan penjualan, mengetepikan kehendak pemilik terdahulu, Hicks dan Gillett.

Dalam perkembangan lain, Moises Caicedo kini menjadi salah seorang daripada dua pemain te­ngah Brighton yang sedang menuju ke Liverpool.

Reds juga dikatakan berada dalam perlumbaan empat penjuru untuk mendapatkan Alexis Mac Allister, dengan tiga pasukan Eropah juga dilaporkan berminat dengan pemenang Piala Dunia dari Argentina itu.

Liverpool juga sedang mengusahakan perjanjian musim panas 44 juta pound (RM231 juta) untuk pemain tengah Wolverhampton, Matheus Nunes. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.