Nottingham Forest mahu tambah derita United

Nottingham Forest mahu tambah derita United

PEMAIN Manchester United sudah melupakan kekalahan kepada Arsenal kelmarin dan kembali menjalani latihan semalam untuk berdepan Nottingham Forest pada separuh akhir pertama Piala Liga di Ground City, Nottingham esok. – IHSAN MUFC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengendali Nottingham Forest, Steve Cooper melaungkan amaran, pasukannya akan menyerang Manchester United habis-habisan pada separuh akhir pertama Piala Liga esok.

Forest akan me­nerima kunjungan United di City Ground dalam aksi pertama sebelum bertandang ke Old Trafford pada 2 Februari.

Pada ketika mereka dianggap pasukan lemah berbanding United yang dibarisi ramai bintang, adalah mudah bagi Cooper menggunakan corak bertahan dan berpuas hati jika meraih kemenangan tipis.

Begitupun Cooper menegaskan, dia mengarahkan pemainnya agar melancarkan serangan sejak awal, apatah lagi beraksi di laman sendiri.

“Ia bukan perjalanan mudah untuk sampai ke separuh akhir, jadi kami akan melayani mereka (United) sama seperti pasukan lain, iaitu bermain baik dengan misi mencari kemenangan.

“Ini separuh akhir, kami amat komited. Kami benar-benar mahu menyerang mereka.

“Ya, lawan kami Manchester United dan perlawanan akan berlangsung dua peringkat tetapi kami tidak mahu ada penyesalan dan sedia mengeluarkan semua yang ada,” kata Cooper.

Forest kalah 3-0 di Old Trafford dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada Disember lalu, namun Cooper percaya, pasukannya kini lebih berkeyakinan.

Cooper juga berharap anak-anak buahnya akan memanfaatkan moral United yang masih lemah ekoran kekalahan 3-2 kepada pendahulu liga, Arsenal kelmarin untuk mencari kelebihan di tempat sendiri.

Sementara itu, pengendali United, Erik ten Hag dijangka melakukan beberapa pertukaran daripada kesebelasan skuad yang dikalahkan oleh Arsenal.

Bintang tengah Brazil, Casemiro dijangka kembali memperkuatkan pasukan selepas terlepas pertemuan dengan ­Arsenal ekoran digantung kerana mengumpul lima kad kuning.

Jadon Sancho yang disisihkan sejak beberapa bulan kerana isu prestasi dan kecergasan juga sudah kembali, manakala ­pengalaman bekas kapten, ­Harry Maguire akan kembali ­ditagih. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.