Mbappe pemain PSG pertama ledak lima gol

Mbappe pemain PSG pertama ledak lima gol

KYLIAN MBAPPE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LENS: Kylian Mbappe muncul pemain Paris Saint-Germain (PSG) pertama menjaringkan lima gol dalam satu perlawanan ketika pasukannya mara ke pusingan 16 akhir Coupe de France (Piala Perancis) dengan menumpaskan kelab divisyen enam, Pays de Cassel 7-0 hari ini.

Mbappe yang menjaringkan hatrik ketika Perancis tewas kepada Argentina dalam perlawanan akhir Piala Dunia di Qatar tahun lalu meledak tiga gol pada babak pertama untuk PSG mendahului 4-0.

Dia menambah dua gol selepas separuh masa kedua bersambung, manakala dua lagi jaringan PSG disempurnakan oleh Neymar dan Carlos Soler.

KYLIAN Mbappe mengelak hadangan penjaga gol Pays de Cassel, Romain Samson sebelum meledak gol buat PSG pada pusingan 32 terbaik Piala Perancis di Stadium Bollaert-Delelis, Lens hari ini. – AFP

PSG yang memegang rekod sebagai pemenang 14 Piala Perancis, lebih banyak daripada pasukan lain, kini akan menentang musuh ketat, Marseille pada peringkat 16 terakhir awal bulan depan.

Perlawanan itu dijadualkan pada 6 Februari, seminggu sebelum PSG menerima kunjungan Bayern Munich dalam perlawanan pertama pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara.

“Sebaik sahaja kami menjaringkan gol pertama, keadaan amat supar buat lawan.

“Bagaimanapun pasukan yang bakal kami tentang dalam beberapa minggu akan datang mempunyai kualiti berbeza,” kata pengurus PSG, Christophe Galtier. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya