Malaysia pernah kalahkan Sepanyol

Malaysia pernah kalahkan Sepanyol

PEMAIN negara, Shello Silverius (dua, kanan) cuba melepasi kawalan pemain New Zealand dalam aksi terakhir Kumpulan C, Piala Dunia 2023 di Bhubaneswar, India kelmarin. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BHUBANESWAR: Rekod pertemuan lalu tidak boleh dijadikan ukuran untuk menentukan peluang Malaysia apabila menentang Sepanyol pada aksi crossover hoki ­Piala Dunia esok.

Skuad hoki negara yang kini melonjak ke ranking kesembilan dunia, pernah menang tiga perlawanan, dua seri dan 13 tewas daripada 18 pertembungan de­ngan Red Sticks sejak pertama kali bertemu pada Sukan Olimpik 1964 di Tokyo, Jepun.

Bagaimanapun, Malaysia berjaya menang 4-3 sewaktu pertemuan terakhir kedua-dua pasukan pada Kejohanan Jemputan Empat Penjuru 2019 di Terrassa, Sepanyol.

Ketua jurulatih negara, A. Arul Selvaraj percaya, mereka boleh menumbangkan pasukan No. 8 dunia itu jika mempamer prestasi sama seperti 45 minit ketika menewaskan New Zealand 3-2 kelmarin.

A. ARUL SELVARAJ

“Kemenangan seperti ini memberi kekuatan kepada pemain untuk terus percaya kepada kebolehan masing-masing dan terus bekerja keras untuk meraih objektif.

“Pesanan saya kepada pemain ialah mereka perlu percaya kita boleh memenangi perlawanan. Itulah faktor utama kita menang dengan gol ketiga yang terhasil tiga minit sebelum tamat (menentang New Zealand),” katanya.

Menariknya, pakar flik negara, Muhammad Razie Rahim adalah penjaring gol kemenangan Malaysia ketika menang 4-3 ke atas Sepanyol empat tahun lalu menerusi pukulan sudut penalti pada saat terakhir permainan.

AKSI Mohamad Ashran Hamsani ketika melakukan pukulan ke arah gawang New Zealand dalam Piala Dunia 2023.

Selain Razie, enam lagi pemain skuad ini turut beraksi ketika itu seperti kapten, Marhan Jalil, Faizal Saari, Faiz Helmi Jali, Najib Abu Hassan, Shahril Saabah dan Adrian Andy Albert.

Malaysia melayakkan diri ­ke pusingan crossover selaku naib juara Kumpulan C untuk ­menempah pertemuan dengan Sepanyol sebagai pasukan ketiga terbaik Kumpulan D.

Kejayaan menewaskan Chile dan New Zealand membolehkan Malaysia merekodkan dua kemenangan berturut-turut dalam Piala Dunia.

Ini kejayaan terbaik mereka sejak kali terakhir melakukannya pada Piala Dunia 2002 di Kuala Lumpur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.