Liverpool, Chelsea akur terpaksa kongsi mata

Liverpool, Chelsea akur terpaksa kongsi mata

PENYERANG Liverpool, Darwin Nunez membawa bola ketika menentang Chelsea dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Pertarungan Liverpool dan Chelsea dicanang bakal berlangsung sengit ekoran kedua-dua pasukan berusaha keluar dari kedudukan pertengahan Liga Perdana Inggeris berakhir seri tanpa jaringan di Anfield, sebentar tadi.

Ini perlawanan ke 1,000 buat pengendali Liverpool, Jurgen Klopp sejak membimbing Reds pada 2015, dan dia melakukan tiga pertukaran pemain dengan menyenaraikan semula Mohamed Salah, Andy Robertson serta penjaga gol, Allison dalam kesebelasan utama.

Chelsea pula hanya melakukan satu pertukaran dalam kesebelasan utama dengan pemain pertahanan, Marc Cucurella menggantikan Carney Chukwuemeka, manakala penyerang baharu mereka, Mykhailo Mudryk dibawa masuk sebagai gantian.

Awal permainan, kedua-dua pasukan beraksi dengan berhati-hati, namun Chelsea sepatutnya di hadapan seawal minit kelima apabila Kai Havertz berjaya menembusi gawang selepas memanfaatkan situasi kucar-kacir dalam kawasan penalti Liverpool.

Bagaimanapun video bantuan pengadil (VAR) mendapati rakan sepasukannya, Thiago Silva terlebih dahulu berada dalam kedudukan ofsaid ketika membuat rembatan sebelum disambar Havertz, sekaligus jaringan tersebut dibatalkan dan kedua-dua pasukan menuju ke bilik persalinan untuk menutup separuh masa pertama tanpa sebarang gol.

BINTANG baharu Ukraine, Mykhailo Mudryk (kiri) bersaing dengan pertahanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield hari ini. – AFP

Aksi di separuh masa kedua menyaksikan Graham Potter mula memasukan Mudryk, dan jelas ia memberikan sengat buat jentera serangan Blues menerusi beberapa gelecekannya yang mengelirukan pertahanan lawan.

Situasi sedikit cemas buat Chelsea apabila pemain pertahanan mereka, Trevor Chalobah terbaring apabila mengalami kecederaan dan terpaksa diusung keluar, namun perilakunya yang seakan-akan melengahkan perlawanan memabwa padah apabila dilayangkan kad kuning.

Liverpool cuba meningkatkan asakan menuju beberapa minit terakhir perlawanan, namun tetap buntu, dan akhirnya kedua-dua pasukan terpaksa akur untuk berkongsi mata selepas merakamkan keputusan seri tanpa jaringan.

Keputusan ini meletakkan Liverpool dan Chelsea sama-sama mengumpul 29 mata, namun dibezakan dengan jumlah perlawanan dan jaringan, di mana Reds berada di tangga kelapan, manakala Chelsea  di kedudukan ke-10.  – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya