Liga Malaysia 2023 ala EPL

Liga Malaysia 2023 ala EPL

BEBERAPA perlawanan Liga Super musim depan akan berlangsung pada waktu petang, persis seperti suasana Liga Perdana Inggeris.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peminat bola sepak tempatan bakal merasai suasana ala Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila saingan Liga Malaysia (Liga M) 2023 akan berlangsung di sebelah petang, antara pembaharuan yang diperkenalkan musim ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam berkata, perubahan itu dibuat bagi menye­marakkan lagi suasana Liga M.

Ia juga dilihat sebagai pendekatan berbeza dan mampu membawa pengalaman baharu buat penyokong yang sebelum ini kerap melihat perlawanan EPL secara langsung di kaca televisyen pada waktu petang yang cukup meriah.

“Langkah MFL memperkenalkan waktu sepak mula baharu iaitu lebih awal pada sebelah petang adalah untuk menyuntik suasana dan pengalaman baharu buat penyokong.

“Bagaimanapun, waktu se­pak mula perlawanan juga tertakluk kepada penyiar rasmi dan MFL,” katanya ketika mengumumkan jadual Liga M di Wisma Persatuan Bola­sepak Malaysia (FAM) di sini, semalam.

Empat pilihan waktu disusun MFL menyaksikan sepak mula pukulan 5.15 atau 5.30 petang yang digunapakai di Semenanjung, manakala di Sabah dan Sarawak 4.30 atau 4.45 petang.

Tiga lagi waktu perlawanan di Semenanjung adalah pada 8.15 malam; 9 malam dan 10 malam (di bulan Ramadhan).

STUART RAMALINGAM

Sementara di Borneo akan berlangsung pada 7.30 malam; 8.15 malam dan 9.15 malam (bulan Ramadhan).

Musim lalu, Johor Darul Ta’zim (JDT) beraksi di se­belah petang dalam saingan Liga Juara-Juara Asia di Stadium Sultan Ibrahim dan ia menyaksikan sambutan positif penyokong tempatan.

Sementara itu, Liga M musim ini juga bakal menyaksikan pe­rebutan enam tro­fi dengan dua kejuaraan baharu diper­kenalkan Piala Cabaran MFL dan Piala MFL (Li­ga Simpanan B-23).

Menurut Stuart, selain dua saingan itu, empat kejohanan iaitu Piala ­Sultan Ahmad Shah (Sumbangsih), Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia kekal menjadi rebutan buat 14 pasukan elit dalam Liga M musim ini.

Aksi pembuka tirai merebut ­Piala Sultan Ahmad Shah antara JDT (juara Liga Super musim lalu) dan Terengganu FC (naib juara Liga Super musim lalu) akan dilangsungkan pada 24 Februari ini di Stadium Sultan Ibrahim.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya