Lebih 230,000 peminat iringi perjalanan akhir Pele

Lebih 230,000 peminat iringi perjalanan akhir Pele

RIBUAN peminat mengerumuni trak bomba yang membawa keranda legenda bola sepak Brazil, Pele menuju Tanah Perkuburan Memorial Santos. Perarakan turut melewati rumah Pele yang didiami ibunya yang berusia 100 tahun, Celeste Arantes semalam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIO DE JANEIRO: Ikon bola sepak dunia, Pele atau nama sebenarnya, Edson Arantes do Nascimento selamat disemadikan di bandar dia memulakan kariernya 70 tahun lalu, iaitu di Santos semalam.

Pele yang menghembuskan nafas terakhir minggu lalu di usia 82 tahun telah menjaringkan 1,283 gol untuk negara dan kelab disemadikan di sebuah tanah perkuburan berdekatan Stadium Vila Belmiro selepas kerandanya diarak selama tiga jam mengelilingi bandar Santos.

Upacara perarakan keranda mendiang Pele bermula sejak pukul 10 pagi di Stadium ­Urbano Caldeira menyaksikan lebih 230,000 peminat yang kebanyakan memakai baju warna kuning, simbolik kepada jersi kebangsaan Brazil, menzahirkan rasa hiba atas pemergian legenda dunia itu.

 

Sebuah kain rentang besar yang tertulis ‘Viva O Rei’ yang membawa maksud Daulat ­Rajaku dihamparkan di salah sebuah bangunan di bandar Santos.

Keranda tersebut turut dibawa ke salah sebuah jalan di Santos yang menempatkan rumah ibu Pele yang berusia 100 tahun, Celeste Arantes.

Perarakan itu kemudian tiba ke destinasinya di Tanah Perkuburan Necropole Ecumenica, yang menyaksikan maj­lis dibuat secara tertutup dan ­hanya dihadiri kaum keluarga serta rakan-rakan terdekat ­mendiang.

Presiden Brazil, Lula da Silva yang hadir ke majlis pengebumian Pele menyifatkan dunia kehilangan legenda yang tiada gantinya.

“Tiada siapa dapat menan­dingi apa yang telah dilakukannya (Pele), sama ada sebagai pemain bola sepak mahupun sebagai seorang manusia,” jelas Lula.

Selama lebih enam dekad, nama Pele tamat sinonim de­ngan bola sepak.

Dia telah beraksi dalam empat Piala Dunia dengan menjadi satu-satunya pemain dalam sejarah dapat memenangi saingan itu sebanyak tiga kali, dan legasi kejayaan serta rekod golnya akan kekal terpahat dalam s­ejarah dunia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.