Berang 21,000 tempat duduk 'hilang', netizen 'serang' Jay Chou

Kecewa 21,000 tempat duduk ‘hilang’, netizen ‘serang’ Jay Chou

JAY CHOU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gara-Gara Stadium Nasional Bukit Jalil ‘hilang’ 21,000 tempat duduk untuk aksi Piala AFF Sabtu ini disebabkan struktur pentas konsert Jay Chou yang dalam proses pemasangan, akaun media sosial penyanyi terkenal Taiwan itu ‘diserang’ netizen Malaysia.

Semalam, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan daripada 80,000 kapasiti, hanya 59,000 tiket akan ditawarkan kerana 21,000 tempat duduk terpaksa ‘dikorbankan’ gara-gara kerana dihalang oleh struktur pentas konsert Jay Chou yang akan berlangsung pada 15 Januari.

Perkara tersebut tidak menggembirakan peminat bola sepak kerana permintaan untuk menonton aksi separuh pertama Piala AFF 2022  itu amat tinggi, malah perlawanan terakhir Kumpulan B menentang Singapura kelmarin mencatat 65,147 kehadiran penonton.

“Kena serang ke… Stadium ni ada padang bola jadi bola patut diutamakan bukan konsert ada otak pakai akal jgn guna kepala lutut,” kata seorang peminat dalam Instagram rasmi Jaychou.

“Tujuan stadium dibina untuk tengok sukan bukan untuk menyanyi…,” kata seorang lagi pemilik Instagram.

Menjenguk di ruangan komen penyanyi berusia 43 tahun itu, netizen Malaysia dilihat berbalah sesama sendiri dengan ramai yang mempertahankan keputusan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memberi laluan kepada konsert diteruskan.

Ada yang berkata, stadium berkenaan sudah ditempah sejak tiga tahun lalu, malah semua tiket sudah habis terjual, namun ia hanya dapat diteruskan tahun ini gara-gara pandemik Covid-19.

“Beribu-ribu peminat Jay Chou telah menunggu konsert ini selama tiga tahun, mustahil untuk membatalkannya, kalian tidak membuat kekecohan di sini. Peminat bola sepak kasar, sila keluar dari sini,” tulis seorang pemilik akaun Instagram.

“Stadium ini telah ditempah 3 tahun lalu, tetapi akibat impak wabak tersebut, konsert Jay Chou di Malaysia telah ditangguhkan selama tiga tahun. Dan semua tiket sudah habis dijual. dahulu didahulukan…,” kata seorang lagi peminat.

“Kepada fans bola sepak yang dikasihi, konsert ini telah ditunda selama 3 tahun disebabkan Covid, dan tarikh konsert sekarang telah set sejak 1 tahun lalu, fans dari malaysia dan luar negara telah menanti konsert ini banyak tahun lalu. Masalah vacant seat 21,000 bukan salah Jay Chou, tetapi pihak pengurusan stadium yang mengendali event stadium. Tolong hentikan hate comment anda kepada penyanyi/musician legendary ini. Terima kasih,” kata peminat yang lain.

AKSI menyerang Malaysia, selain kehadiran lebih 65,000 penonton di Bukit Jalil membantu Malaysia menumpaskan Singapura 4-1 kelmarin.

Peminat bola sepak Malaysia amat teruja untuk memberi sokongan kepada Harimau Malaya dalam saingan separuh akhir Piala AFF kerana kehadiran mereka jelas menaikkan semangat pemain ketika menumpaskan Singapura 4-1.

 

Malah, Malaysia juga membelasah Laos 5-0 di stadium yang sama dalam perlawanan kedua Kumpulan B, bulan lalu.

Harimau Malaya bakal berdepan tugas getir pada separuh akhir kedua Piala AFF apabila bertandang ke ‘rumah’ Thailand di Bangkok, Selasa depan, justeru mereka perlu memenangi aksi di Bukit Jalil untuk membawa bekalan terbaik.

Kali terakhir Malaysia membawa pulang Piala AFF adalah pada 2010. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya