'Kami hanya buru kemenangan'

‘Kami hanya buru kemenangan’

FAISAL Halim (tengah) percaya, Harimau Malaya akan turun dengan keyakinan tinggi untuk menewaskan Singapura malam ini bagi memburu tiket ke separuh akhir Piala AFF.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Ini rumah kita, laman kita, hanya kemenangan menjadi buruan Harimau Malaya. Kita tidak akan sesekali membiarkan orang luar sewenang-wenangnya masuk ke rumah kita.”

Itu semangat yang ditiupkan kapten Harimau Malaya, Faisal Halim kepada seluruh pemain negara menjelang pertemuan ‘hidup mati’ menentang Singapura dalam aksi terakhir Kumpulan B, Piala AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Tegasnya, semangat dan emosi anak-anak buah Kim Pan Gon sudah pun pulih selepas tewas dalam aksi kontroversi menentang Vietnam, Selasa lalu.

Mereka sudah bersedia untuk menyerang, mencari gol dan memburu kemenangan kerana sedar seri atau kalah akan menyingkirkan Malaysia dari ‘Piala Dunia Asia Tenggara’ itu.

“Saya tidak nafikan kami kecewa selepas kekalahan tersebut tetapi selepas beberapa hari emosi kami semakin baik dan kami kini kembali bersemangat untuk bermain buat skuad kebangsaan,” ujarnya.

Faisal memberitahu, setelah lebih sebulan bersama dan sanggup tidak bercuti demi Malaysia, dia dan rakan sepasukan hanya menjanjikan satu persembahan menarik di hadapan peminat.

“Sebagai pemain bola sepak, kami sentiasa bersedia dipanggil oleh skuad kebangsaan, kami bersatu demi Malaysia.

“Walaupun ada dalam kala­ngan kami yang kali pertama mewakili Malaysia tetapi dengan bantuan jurulatih Kim Pan Gon, mereka kini sudah boleh menyesuaikan diri dengan pasukan.

“Kami akan ikut perancangan jurulatih dan hanya kemenangan yang kami mahukan,” tegasnya.

Mengambil contoh perlawanan menentang Turkmenistan dalam aksi antarabangsa, baru-baru ini, Faisal melahirkan keyakinan, Harimau Malaya mampu mengulangi persembahan baik tersebut ketika menentang Singapura.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya