Jangan turunkan Rashford – Ince

Jangan turunkan Rashford – Ince

MARCUS RASHFORD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengendali Rea­ding yang juga bekas bintang Manchester United, Paul Ince berharap Marcus Rashford akan direhatkan apabila pasukan­nya menentang Red Devils pada pusingan keempat Piala FA di Old Trafford esok.

Ince membawa Reading ke ‘Theater of Dreams’ dengan harapan untuk melakar kejutan ke atas juara 12 kali itu.

Reading yang menghuni tangga ke-14 dalam Liga Kejuaraan menum­paskan Watford pada pusingan ketiga, manakala United menyingkirkan Everton.

Kata Ince, mustahil untuk seluruh pasukan hanya memberi tumpuan kepada pemain tertentu, namun dia mengakui lebih suka jika Rashford tidak diturunkan.

Rashford telah meledak 21 gol dalam 34 perlawanan musim ini, termasuk 10 gol dalam 10 penampilan terakhir.

PEMAIN Manchester United menjalani latihan.

Penyerang England berusia 25 tahun itu meneruskan prestasi cemerlang Rabu lalu ketika United menewaskan Nottingham Forest 3-0 dalam separuh akhir pertama Piala Liga.

“Harap dia tidak akan bermain! Saya agak kecewa mereka menang 3-0 kerana dia mungkin akan bermain pula menentang kami nanti. Seperti mana-mana pemain, ini semua tentang keyakinan dan pengurusan yang membina keyakinan.

“Melihat apa yang dia lakukan ketika ini sesuatu yang amat bagus buat Manchester United dan peminat mereka. Dia sukar dibendung ketika ini,” kata Ince, yang menyarung jersi United dari 1989 hingga 1995.

PAUL Ince memantau latihan pemain Reading menjelang pertemuan menentang Manchester United.

Kata Ince, selain Rashford, United juga memiliki ramai pemain bagus yang perlu diberi perhatian seperti Christian Eriksen, Bruno Fernandes dan Wout Weghorst yang meledak gol pertamanya ketika menentang Forest.

United tidak pernah memenangi sebarang trofi sejak 2017, namun sejak di bawah kendalian Erik ten Hag kelab itu kembali ke landasan yang betul. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.