Jangan bimbang, Liverpool akan julang trofi lagi

Jangan bimbang, Liverpool akan julang trofi lagi

JURGEN Klopp mengendalikan sesi latihan Liverpool semalam dalam persiapan menghadapi Brighton hari ini. - IHSAN LIVERPOOL FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jurgen Klopp berkata, ‘masa dan lawan’ memberi kesukaran kepadanya untuk membina semula empayar di Anfield, namun memberi jaminan ­Liverpool akan kembali menjulang trofi.

Janji itu dilaungkan sehari sebelum Reds turun menentang Brighton, pasukan yang mengalahkan mereka 3-0 dalam saingan Liga Perdana, 14 Janua­ri lalu pada pusingan keempat Piala FA hari ini.

Liverpool menjuarai Piala Liga dan Piala FA musim lalu, selain hampir merangkul kejuaraan Liga Perdana pada hari terakhir serta tewas dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara kepada Real Madrid.

Begitupun mereka menampilkan perbezaan ketara musim ini, malah mungkin menutup kempen tanpa trofi selepas tersingkir dari Piala Liga dan berada di pertengahan liga.

CODY Gakpo (tengah) masih dalam proses menyesuaikan diri di Anfield.

Mereka juga akan bertemu juara 14 kali, Real Madrid di pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara.

Klopp mengakui kesukaran yang dihadapi Liverpool, termasuk untuk membina semula jentera serangan selepas penghijrahan Sadio Mane ke Bayern Munich.

Selain ditimpa kecederaan, Darwin Nunez juga mengambil masa untuk membentuk gan­dingan dengan Mohamed Salah selain penyerang Belanda, Cody Gakpo berdepan situasi sama.

Klopp berkata, sera­ngan mereka sebelum ini iaitu Mane, Salah dan Roberto Firmino adalah ‘mesin yang dilatih dengan baik’, namun masa sudah berlalu dan dia perlu membina semula barisan hadapannya.

DARWIN Nunez (kanan) dan Mohamed Salah menjalani latihan menjelang pertemuan menentang Brighton.

“Sudah tentu ia tidak bagus. Tetapi itulah sebabnya saya katakan kami tidak boleh mengharapkan untuk kembali ke tahap terbaik, menang 5-0 dan pergi ke perlawanan seterusnya.

“Kami perlu bekerja keras. Tiada siapa yang mahu mende­ngarnya, tetapi kami perlu me­lakukannya.

“Dalam dua atau tiga ming­gu, beberapa pilihan lain kembali lagi. Kami akan mempunyai lebih banyak pilihan dan boleh mencampurkannya,” kata Klopp. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya