FAM sah guna VAR tahun ini

FAM sah guna VAR tahun ini

HAMIDIN memenangi anugerah Ikon Sukan Kepimpinan pada Anugerah Ikon Sukan yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahkan video bantuan pengadil (VAR) akan mula diperkenalkan pada tahun ini di Liga Malaysia.

Bagaimanapun katanya, penggunakan VAR itu tidak secara menyeluruh kerana hanya melibatkan perlawanan penting seperti suku akhir, separuh akhir dan final Piala FA dan Piala Malaysia.

“Sebenarnya pada peringkat awal kita saya sudah berbincang dengan Presiden Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan, Insya-Allah kita akan buat pengumuman dalam masa terdekat.

“VAR akan bermula pada tahun ini kalau semuanya berjalan lancar tetapi, bukan untuk semua perlawanan. Mungkin contoh tahun ini suku akhir, separuh akhir dan dan final Piala FA dan Piala Malaysia.

“Kita tidak boleh bermula di peringkat liga kerana libatkan kos dan kita juga telah menghantar pengadil untuk jalani latihan VAR ini. Jadi, harap peminat sabar dan kita akan mula tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas memenangi anugerah Ikon Sukan Kepimpinan pada Anugerah Ikon Sukan sebentar tadi.

Ketika ditanya tentang kos untuk penggunakan VAR tersebut, Hamidin berkata, pihakya akan bersama MFL untuk penggunakan teknologi itu.

Sebelum ini, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan bahawa FAM dan MFL bersetuju untuk melaksanakan VAR dalam saingan Liga Malaysia musim depan.

Perkara tersebut dikongsikan TMJ dalam satu ciapannya di laman Twitter semalam sejurus sahaja tamat perlawanan antara Malaysia dan Thailand.

Menurut TMJ, perlaksanaan VAR itu sudah dipersetujui dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

“FAM dan MFL sudah bersetuju untuk menggunakan VAR dalam masa terdekat. Beberapa pengadil Malaysia sudah dihantar menjalani latihan bagaimana menggunakan VAR. Boleh rujuk dengan Presiden FAM, tahniah semua,” kata Tunku Ismail di laman Twitter.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.