Bekas bintang bola sepak Itali, Gianluca Vialli meninggal dunia

Bekas bintang Itali, Gianluca Vialli meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN: Bekas bintang bola sepak Itali, Gianluca Vialli disahkan meninggal dunia hari ini pada usia 58 tahun selepas bertarung dengan kanser pankreas sejak 2017.

Vialli yang pernah menyarung jersi pasukan Juventus, Chelsea dan Sampdoria pernah cuba mendapatkan rawatan terhadap penyakitnya itu pada 2018, bagaimanapun diagnosis yang dilakukan semula pada Disember 2021 menyaksikan kanser itu kembali menghantuinya.

Walaupun bergelut dengan penyakit berbahaya, Vialli masih gagah untuk memainkan peranan penting dalam memacu kejayaan skuad Itali memenangi Kejohana Euro 2020 sebagai penolong jurulatih kepada rakan lamanya, Roberto Mancini.

Vialli terpaksa meletakkan jawatannya sebagai ketua delegasi untuk pasukan kebangsaan kerana mahu memberikan tumpuan penuh terhadap proses rawatan penyakitnya.

Ketika Vialli bergelar pemain, bekas penyerang pernah berbakti selama lapan musim bersama Samdporia dan memenangi Serie A dan Kejohanan Eropah sebelum mengambil keputusan menyertai Juventus pada 1992 dengan rekod perpindahan tertinggi ketika itu iaitu 16.5 juta euro.

Dia berjaya memenangi Liga Juara-Juara Eropah bersama Juventus dan kemudian berhijrah ke Stamford Bridge pada 1996, dan kemudian mengambil alih tugas pengurus kelab daripada Ruud Gullit tersebut pada 1998.

Presiden Persatuan Bola Sepak Itali, Gabriele Gravina melahirkan rasa takziah di atas pemergian permata yang pernah mewarnai bola sepak negara tersebut.

“Vialli merupakan insan yang luar biasa dan dia meninggalkan kekosongan yang tidak dapat diganti oleh sesiapa pun,” jelas Gavina.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya