Aryna, Elena siapa paling kuat?

Aryna, Elena siapa paling kuat?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE: Kedua-duanya ber­ada pada prestasi terbaik ketika ini, malah Aryna Sabalenka dan Elena Rybakina yang bakal berentap dalam final Terbuka Australia hari ini adalah pemukul terkuat di pentas tenis perseorangan wanita.

Sabalenka yang diletak sebagai pilihan kelima berada pada momentum terbaik untuk menjulang gelaran Grand Slam pertama dalam kariernya.

Berusia 24 tahun, bintang Belarus itu menampilkan aksi cemerlang sepanjang di Melbourne dan kemenangan ke atas pemain Poland, Magda Linette pada separuh akhir melebarkan rekod tanpa kalahnya dalam 10 aksi di Australia, di mana dia turut menjuarai Kejohanan ­Adelaide, 8 Januari lalu.

Lebih menarik, Sabalenka turut memiliki kelebihan ke atas Rybakina apabila menang ke­semua tiga pertemuan mereka sebelum ini.

“Saya cuba untuk kurangkan jeritan dalam gelanggang setiap kali gagal meraih mata atau ­melakukan kesilapan.

“Saya cuba menahan diri dan mengekalkan ketena­ngan dan kembali memberi tum­puan untuk meraih mata sete­rusnya.

“Saya sedar apabila sudah sampai di tahap ini, tiada siapa boleh menolong. Saya ada berbincang dengan pakar psikologi tetapi saya perlu berhadapan dengan perkara ini sendiri dan tidak bergantung kepada orang sekeliling untuk menyelesaikannya bagi pihak saya,” jelas Sabalenka.

BURU GRAND SLAM KEDUA

Rybakina yang menghuni ranking ke-23 dunia tidak kurang hebat, terutama selepas mengejutkan beberapa nama besar dalam laluan ke perlawanan akhir.

Dia melakar sensasi di Melbourne apabila mengejutkan pemain No. 1 dunia yang juga pemenang tiga gelaran Grand Slam, Iga Swiatek 6-4, 6-4 pada pusingan keempat.

Bintang Kazakhstan itu kemudian meneruskan rentak hebatnya apabila menumpaskan dua bekas pemenang Grand Slam, Jelena Ostapenko (suku akhir) dan Victoria Azarenka pada separuh akhir.

Sejak kekalahan terakhir kepada Sabalenka pada Wimbledon 2021, pemain kelahiran Moscow itu telah menunjukkan peningkatan ketara.

Dia tiba di Melbourne bersama status sebagai juara Wimbledon 2022 dengan menum­paskan Ons Jabeur. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.