65,000 ‘ekor harimau’ tenggelamkan Singapura

65,000 ‘ekor harimau’ tenggelamkan Singapura

AKSI menyerang Malaysia, selain kehadiran lebih 65,000 penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil menyukarkan Singapura yang kalah 4-1 kepada Harimau Malaya dalam aksi terakhir Kumpulan B, Piala AFF 2022 kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selain sukar menyaingi aksi me­nyerang Malaysia sejak awal permainan, kehadiran lebih 65,000 penonton di Stadium Nasio­nal Bukit Jalil juga menyebabkan Singapura tenggelam ketika tumpas 4-1 kepada Malaysia pada aksi terakhir Kumpulan B, Piala AFF 2022 kelmarin.

Pengendali Singa, Ta­kayuki Nishigaya berkata, pemainnya telah mengeluarkan semua potensi, namun situasi amat sukar beraksi di 65,000 penyokong lawan.

Katanya, tindakan Harimau Malaya melancarkan sera­ngan sejak awal juga tidak mengizinkan mereka berada pada posisi lebih tinggi dan terpaksa bertahan.

Kata pengendali dari Jepun itu, anak-anak buahnya gagal melaksanakan misi yang direncanakan ekoran aksi agresif skuad bimbingan Kim Pan Gon.

Takayuki Nishigaya

“Sudah tentu saya kecewa tetapi pemain sudah me­nyerlahkan potensi dalam suasana sukar bermain di hadapan lebih 65,000 penyokong lawan.

“Kami berhasrat untuk berada pada posisi lebih tinggi di atas padang sewaktu babak pertama tetapi malangnya diserang bertali arus.

“Pada separuh masa ­kedua, kami berusaha mengubah corak permainan bertahan tetapi tidak mampu untuk berbuat demikian,” katanya.

Kekalahan itu menyaksikan Singapura menutup kempen di tangga ketiga Kumpulan B di belakang Vietnam dan Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.