Suarez enggan minta maaf kepada rakyat Ghana

Suarez enggan minta maaf kepada rakyat Ghana

LUIS Suarez ketika menjawab soalan media dalam sidang akhbar hari ini menjelang pertemuan menentang Ghana esok. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Bintang Uruguay, Luis Suarez enggan memohon maaf kepada rakyat Ghana berhubung insiden kontroversi 12 tahun lalu, di mana dia sengaja menampan bola menggunakan tangannya dalam saingan Piala Dunia.

Pasukan Amerika Selatan itu akan menentang Ghana dalam perlawanan terakhir Kumpulan H esok, dengan kedua-duanya wajib menang untuk melangkah ke peringkat kalah mati.

Pertembungan itu mengimbau kontroversi suku akhir Piala Dunia 2010, di mana Suarez sengaja menepis bola dengan tangannya di atas garisan pintu gol Uruguay untuk menghalang tandukan Dominic Adiyiah di hujung masa tambahan.

Suarez dilayangkan kad merah dan Ghana dihadiahkan sepakan penalti, namun tendangan Asamoah Gyan gagal disempurnakan.

INSIDEN 12 tahun lalu yang masih membayangi rakyat Ghana.

Uruguay kemudian memenangi penentuan sepakan penalti untuk melayakkan diri ke separuh akhir.

Suarez dianggap wira oleh rakyat negaranya, manakala Ghana terlepas peluang menjadi pasukan Afrika pertama mara ke separuh akhir Piala Dunia.

Dua belas tahun kemudian, ditanya sama ada dia tahu rakyat Ghana menganggapnya seperi ‘syaitan’, Suarez berkata, dia tidak menyesali tindakannya.

“Saya tidak mahu meminta maaf kerana bola terkena tangan saya tetapi pemain Ghana sendiri terlepas penalti, bukan saya.

“Mungkin saya boleh meminta maaf jika saya mengasari atau mencederakan pemain dan kemudian dilayangkan kad merah.

“Tetapi dalam situasi ini saya menerima kad merah, pengadil berkata ‘penalti’. Ia bukan salah saya kerana saya tidak terlepas sepakan penalti, pemain itu sendiri terlepas sepakan penalti,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.