Sepanyol berlatih 1,000 sepakan penalti

Sepanyol berlatih 1,000 sepakan penalti

ENRIQUE mengendalikan kem latihan Sepanyol menjelang pertemuan menentang Maghribi di pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA : Jurulatih Sepanyol, Luis Enrique mendedahkan anak-anak buahnya berlatih 1,000 sepakan penalti menjelang Piala Dunia 2022.

Juara dunia 2010 itu akan berdepan Maghribi pada pusingan 16 terbaik malam ini dan berkemungkinan diheret ke masa tambahan dan penentuan sepakan penalti di pusingan kalah mati di Qatar.

Sepanyol menewaskan Switzerland menerusi sepakan penalti pada Euro 2020 tahun lalu tetapi, disingkirkan menerusi sepakan penalti oleh Itali pada separuh akhir.

“Lebih setahun yang lalu, di salah satu kem Sepanyol, saya memberitahu mereka mereka perlu ke sini dengan sekurang-kurangnya 1,000 penalti diambil.

“Saya membayangkan bahawa mereka telah membuat kerja rumah mereka. Jika anda menunggu sehingga tiba di sini untuk berlatih penalti… (ia tidak akan mencukupi).

“Ia adalah saat ketegangan maksimum, masa untuk menunjukkan keberanian anda, dan anda boleh melakukan sepakan penalti mengikut cara yang anda telah putuskan, jika anda telah melatihnya seribu kali.

“Kami mempunyai penjaga gol yang sangat bagus, mana-mana daripada ketiga-tiga mereka boleh melakukannya dengan sangat baik dalam situasi ini. Setiap kali kami menamatkan latihan saya melihat ramai pemain mengambil penalti,” kata Enrique.

Jurulatih Sepanyol itu juga membalas kritikan terhadap gaya permainan pasukan dan komitmen mereka di atas padang.-Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.