LONDON: LONDON: Jadon Sancho kini berlatih jauh dari Manchester United dan tidak akan kembali ke pangkuan pasukan sehingga betul-betul bersedia secara fizikal dan mental.
Sancho kini berlatih di Belanda dengan jurulatih yang dipercayai oleh pengurusnya, Erik Ten Hag selepas tidak menendang bola untuk United sejak 22 Oktober akibat kecederaan.
Pemain berumur 22 tahun itu juga terlepas kem latihan kelab di Sepanyol minggu lalu selain diketepikan daripada skuad England ke Piala Dunia 2022.
Sancho yang menyertai United 18 bulan lalu dengan harga 72.9 juta pound (RM418.59 juta) dari Borussia Dortmund menutup semua akaun media sosialnya bulan lalu lalu bagi memberi tumpuan kepada keluarganya dan separuh kedua musim ini.
Ten Hag telah bercakap dengan penyerang itu mengenai situasinya beberapa kali dan tidak mahu menetapkan jangka masa bila Sancho akan kembali.
“Saya tidak fikir dia akan kembali minggu ini, tidak. Kami mahu membawanya secepat mungkin tetapi saya tidak dapat memberi ramalan bila perkara itu akan berlaku.
“Kadang-kadang ia berkaitan kecergasan dan mood. Dia berdepan penurunan kualiti dan anda tidak tahu mengapa atau apa yang menyebabkannya.
“Itulah yang kami lakukan sekarang untuk cuba membawanya kembali ke kelab. Ia gabungan fizikal dan mental,” kata Ten Hag.
Rakan Sancho dalam skuad kebangsaan England, Bukayo Saka dan Marcus Rashford kembali menyinar di pentas Piala Dunia selepas mengalami penderaan berbaur perkauman selepas tamat Kejohanan Eropah (Euro) 2020, tahun lalu musim panas lalu.
Bagaimanapun, dalam masa sama, Sancho telah beraksi pada tahap yang kurang memuaskan ketika menentang kelab amatur Belanda, OJC Rosmalen, jauh dari Qatar.
Bulan lalu, muncul klip video ringkas tentang Sancho sedang menggelecek di sekeliling padang latihan di stadium dengan 3,000 kapasiti penonton di bawah pengawasan jurulatih yang disyorkan oleh pengurus United, Ten Hag.
Dia berada di sana selepas beberapa siri perbincangan dengan Ten Hag mengenai penurunan prestasinya dalam kempen musim ini.
🚨 Jadon Sancho is training away from Manchester United and will not return until he is physically and mentally ready to play for the club again.
(Source: @ChrisWheelerDM) pic.twitter.com/il1LncN4NX
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) December 14, 2022
Sumber kelab menegaskan Sancho tidak dipecat daripada skuad selepas dia terlepas kem latihan kelab di Sepanyol sepanjang minggu lalu.
Mereka menekankan bahawa Ten Hag melihat penurunan prestasi Sancho dan menasihati pemain itu untuk mengikuti program latihan individu bagi meningkatkan kecergasan dan mindanya.
Sancho hanya menjaringkan lapan gol dan membuat empat bantuan gol dalam 52 perlawanan bersama United.
Dia dilihat bergelut untuk mewajarkan harga yang dibayar oleh Red Devils kepada Borussia Dortmund.
Sancho antara pemain terbaik dalam jelajah musim panas United di Bangkok dan Australia, menjaringkan gol ketika menentang Liverpool, Crystal Palace dan Aston Villa ketika dia membentuk gandingan yang berkesan di sayap kanan dengan Diogo Dalot.
Tiga lagi gol diikuti menentang Liverpool, Leicester dan FC Sheriff dalam lapan perlawanan pertamanya musim ini.
Bagaimanapun, Ten Hag dan barisan kejurulatihan menyedari penurunan ketara dalam bentuk permainan serta keyakinan Sancho selepas itu. – AGENSI