Real Madrid sudah ‘gam’ Mbappe

Real Madrid sudah ‘gam’ Mbappe

TINDAKAN Kylian Mbappe menolak tawaran pertama Real Madrid menyebabkan dia digam oleh gergasi bola sepak Sepanyol itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Real Madrid menerima tamparan hebat pada musim panas lalu apabila Kylian Mbappe yang menjadi buruan mereka sejak berbulan-bulan memutuskan untuk memperbaharui kontrak dengan Paris Saint-Germain (PSG).

Penolakan tersebut menyebabkan juara Eropah 14 kali itu amat kecewa, dan sejak itu, mereka telah menutup sepenuhnya cerita tentang usaha membawa masuk Mbappe ke ibu kota Sepanyol.

Terdapat cadangan agar Los Blancos mengadakan perbinca­ngan semula mengenai potensi perpindahan Mbappe ke Santiago Bernabeu, terutama selepas penyerang berusia 24 tahun itu mempa­mer aksi memukau pada Piala Dunia ­dengan meledak hatrik di final.

Usaha mendapatkan Mbappe pada musim panas, diikuti dengan penolakan sete­rusnya telah memeningkan pe­ngurusan kelab, terutama selepas mereka meluangkan masa dan usaha besar untuk menandatangani pemain itu.

Sejak penolakan itu, Real telah bekerja di belakang tabir untuk meng­angkat peranan bintang sedia ada seperti Vinicius Junior dan Rodrygo, dan bukannya bergantung kepada pasaran untuk­ Galactico baharu.

Real mempunyai harapan besar terhadap Vinicius dan percaya pemain muda Brazil itu boleh meningkatkan lagi dirinya sebagai salah satu wajah unit penyerang kelab bagi tahun-tahun akan datang.

Bagi Mbappe, Los Blancos memang mengakui kualiti dan bakat yang ada padanya tetapi kelab itu tidak lagi berniat ­untuk mengganggu ‘dinamik’ bilik persalinan semasa dengan membawa masuk pemain yang sering dikritik kerana egonya.

Lebih-lebih lagi, Real percaya tiada kelab dalam bola sepak Eropah berada dalam kedudukan untuk memenuhi premium PSG yang dibayar untuk ­kesetiaan Mbappe.

Mereka juga tidak mungkin memenuhi ­penilaian skuad Les ­Parisiens terhadap bintang Perancis itu, sekali gus menyebabkan pintu untuk Mbappe menyertai Real tertutup buat sementara waktu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.