Putrajaya lakar sejarah rangkul Piala Agong 2022

Putrajaya lakar sejarah rangkul Piala Agong 2022

Pemain Putrajaya, K.Dineshwaran dihalang barisan pemain Terengganu ketika perlawanan akhir Piala Agong di Stadium Ragbi Pangkalan Udara Subang hari ini. (Foto: MRU)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Putrajaya merakamkan kejayaan membanggakan apabila menyekat hasrat penyandang juara, Terengganu untuk merangkul gelaran juara Kejohanan Ragbi Piala Agong kali-38 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Ragbi Pangkalan Udara Subang, hari ini.

Putrajaya yang dibimbing bekas penggendali kebangsaan yang juga bekas pemain New Zealand All Blacks, Bradley Mika menguasai awal permainan apabila mendahului 6-0 menerusi dua penalti yang disempurnakan Simione Tuivanuavou Bulai sekaligus menutup aksi di babak pertama dengan keputusan 13-5.

Terengganu tidak mengalah dan kembali memperkemaskan aksi mereka di babak kedua, dan usaha itu berhasil apabila mereka pula mendahului permainan dengan keputusan 13-15.

Bagaimanapun pemain Putrajaya, Badrul Muktee menjadi duri dalam daging apabila try yang dilakukannya pada minit ke 71 meletakkan mereka kembali mendahului permainan dengan keputusan 18-15, dan kedudukan itu berjaya dipertahankan sehingga tamat perlawanan sekaligus Putrajaya meraih gelaran sulung mereka dalam saingan ini sejak ia diadakan pada 1983.

“Saya tidak senang duduk sepanjang perlawanan kerana sesiapa sahaja berpeluang menang dalam perlawanan akhir sebentar tadi, pujian harus diberikan kepada pemain Terengganu kerana memberikan tentangan cukup sengit buat anak buah saya, tetapi saya rasa pemain saya lebih bersemangat dan menunjukkan watak sebagai juara untuk bangkit daripada ketinggalan dan memenangi perlawanan ini,” jelas Mika yang ditemui pihak media sejurus selepas perlawanan.

Bagi tonggak pasukan Putrajaya, K.Dineshwaran yang mesra disapa Dugro, kejayaan ini merupakan yang kedua dalam kariernya selepas membantu Kedah memenangi Kejohanan Piala Agong pada 2009.

“Saya balik ke Malaysia dari Jepun pada bulan Jun, dan saya langsung tidak menyangka akan mempunyai hubungan yang cukup akrab dengan setiap ahli pasukan ini, kerana semua pihak sama-sama bekerja keras untuk memastikan kejayaan pada hari ini dapat dihasilkan,” jelas Dugro.

Manakala pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula meraih tempat ketiga selepas menumbangkan Angkatan Tentera Malaysia dengan keputusan 35-34.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.