PSM harap dapat jumpa Hannah Yeoh dengan segera

PSM harap dapat jumpa Hannah Yeoh dengan segera

HANNAH Yeoh memberi sidang akhbar pertamanya selepas melapor diri sebagai Menteri Belia dan Sukan di Menara KBS, Putrajaya semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Setelah hampir setahun kemelut membabitkan dua badan induk, Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dan Persekutuan Sepak Takraw Malaysia (MASTAF) belum menampakkan penyelesaian, Presiden PSM, Datuk Sumali Reduan menggesa untuk mengadakan pertemuan segera dengan Menteri Belia dan Sukan baharu, Hannah Yeoh bagi memperjelaskan situasi di pihaknya.

PSM sebelum ini sudah pun diberikan notis cadangan pembatalan oleh pihak Pesuruhjaya Sukan (PJS) pada September lalu, namun Sumali menjelaskan pihaknya sudah pun membalas kembali notis tersebut dengan memberikan sebab kukuh mereka tidak boleh dibatalkan.

Ketika ini badan induk yang sah mengelolakan aktiviti sepak takraw negara adalah MASTAF, bagaimanapun sehingga kini mereka masih belum lagi diterima masuk menjadi ahli anggota Majlis Olimpik Malaysia (MOM), dengan kedudukan tesebut masih lagi menjadi milik seteru, PSM.

SUMALI REDUAN

“Kalau boleh, saya mahu melakukan pertemuan secepat mungkin dengan Menteri baru, Hannah Yeoh untuk memperjelaskan situasi kami kerana masalah ini dah berlarutan cukup lama.

“Saya bukan mahu meminta bantuan, menteri sebelum ini pun ada juga mahu menolong, tetapi masih tiada jalan penyelesaian, saya cuma mahu bertemu dengannya untuk menerangkan masalah sebenar agar dia mendapat gambaran apa yang terjadi dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak.

“Saya juga mendesak agar PJS yang kini diterajui Ibrahim Yusof digantikan dengan individu baharu yang tidak berpihak kepada mana-mana pihak dan bersikap berat sebelah,” jelas Sumali yang ditemui ketika majlis makan malam sempena Kejohanan Piala Emas Khir Johari.

Sumali juga mendedahkan pihaknya masih bersikap terbuka seandainya MASTAF bersedia untuk duduk semeja berbincang pertikaian ini sekali lagi, biarpun sudah beberapa kali perjumpaan diadakan di antara kedua-dua pihak untuk mencari jalan penyelesaian.

“Sebelum ini memang ada siri pertemuan antara PSM dan MASTAF, tetapi tak berjaya untuk mencapai apa-apa hasil, lusa (esok), saya akan berjumpa lagi dengan pihak MASTAF untuk membuat rundingan dengan mereka bagi mencuba lagi cari jalan penyelesaian demi kebaikan sepak takraw negara,” tambah Sumali.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya