PSM gerakkan usaha sertai semula ASTAF & ISTAF

PSM gerakkan usaha sertai semula ASTAF & ISTAF

Presiden PSM, Datuk Sumali Reduan (tiga dari kiri) mengemukakan permohohanan rasmi untuk menyertai ASTAF & ISTAF semula kepada Setiausaha Agungnya ISTAF Datuk Halim Kader.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Setelah hampir dua tahun disisihkan badan antarabangsa, Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) tidak berputus asa dengan mengemukakan semula permohonan mereka untuk menyertai Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) dan Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF).

Ia dibuat setelah mengambil kira pembubaran seteru mereka, Persekutuan Sepak Takraw Malaysia (MASTAF) kelmarin, ditambah salah satu ahli gabungan mereka, Perlis telah membuat keputusan untuk menyertai PSM.

Terdahulu ASTAF melucutkan keahlian PSM pada Mei 2021 kerana melanggar perjanjian bertulis mengkritik badan itu secara terang-terangan, disusuli pengguguran keahlian oleh ISTAF pada Februari tahun ini.

Presiden PSM, Datuk Sumali Reduan kembali duduk semeja semalam dengan kepimpinan tertinggi ISTAF dan ASTAF, terdiri daripada Presiden ASTAF, Datuk Abdul Halim Kader dan Timbalan Presiden ISTAF, Gum Yeon Goo dalam satu sidang media khas di ibu kota.

“Insya-Allah saya akan me­nyerahkan secara rasmi permohonan baru untuk jadi ahli gabungan ISTAF dan ASTAF sejajar dengan hala tuju psm untuk dapat pengiktirafan antarabangsa setelah mendapati ada sinar untuk kita bergerak ke arah itu.

“Ketika ini saya masih lagi lagi mengamalkan sikap buka pintu untuk empat lagi ahli di pihak sana (MASTAF) bagi menyertai kami kerana kami kini mempunyai ahli yang ramai iaitu sebanyak 19 ahli gabungan terdiri daripada 12 persatuan negeri dan tujuh ahli bersekutu,” jelas Sumali yang merujuk kepada status Selangor, Labuan, Putrajaya dan Sarawak yang sebelum ini bernaung di bawah MASTAF.

Dalam masa yang sama, Halim yang turut menyandang jawatan sebagai Setiausaha Agung ISTAF menjelaskan pihaknya tidak mempunyai masalah untuk menerima semula PSM dan memberi jaminan tiada syarat pelik akan dikenakan kepada badan induk itu.

Selain itu, Halim juga masih memerlukan minit mesyuarat daripada MASTAF untuk mengesahkan pembubaran badan induk tersebut.

“Saya boleh beri jaminan pisang tidak akan berbuah, bukan sahaja dua tetapi empat kali terhadap PSM, kerana saya juga memajukan sepak takraw di Malaysia,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya