Percayalah kepada Kim Pan Gon

Percayalah kepada Kim Pan Gon

STRATEGI dan taktikal Kim Pan Gon diharap mampu menumpaskan Thailand pada separuh akhir kedua di Bangkok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal percaya, Kim Pan Gon tahu apa yang perlu dilakukan untuk memastikan Malaysia mengalahkan Singapura, Selasa ini, sekali gus meraih tiket ke separuh akhir Piala AFF 2022.

Peminat bola sepak tanah air pula boleh memainkan peranan dengan memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil untuk memberi kelebihan tambahan kepada barisan pemain negara yang baru ditimpa kekecewaan, tumpas 3-0 kepada Vietnam.

Kata Rajagobal, beliau menaruh keyakinan tinggi kepada barisan pemain yang dimiliki Pan Gon untuk mempamer kebangkitan, terutama selepas menunjukkan aksi baik dalam dua perlawanan pembukaan – mengalahkan Myanmar 1-0 dan Laos 5-0.

K. RAJAGOBAL

“Hanya jurulatih tahu apa yang terbaik untuk pasukannya, bertemu Singapura yang merupakan musuh ketat skuad kebangsaan, perlawanan itu dijangka sengit.

“Tapi saya yakin dengan barisan skuad kebangsaan, mereka mampu menggalas tugas berat ini untuk mendapatkan kemenangan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Ketika diminta mengulas mengenai persembahan skuad kebangsaan sewaktu menentang Vietnam, Rajagobal yang pernah memimpin Harimau Malaya menjulang Piala AFF 2010 berkata, pemain telah mempamer permainan baik walaupun tumpas.

“Pemain perlu lupakan perlawanan menentang Vietnam, bagi saya mereka sudah bermain dengan baik. Sekarang fokus kepada aksi menentang Singapura.

“Dalam sukan ada menang dan ada kalah, jadi sebagai rakyat Malaysia kita kena terima, apa yang penting beri sokongan kepada skuad kebangsaan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya