Pearly & Thinaah dapat durian runtuh lagi - Utusan Malaysia

Pearly & Thinaah dapat durian runtuh lagi

Beregu wanita negara, M.Thinaah dan Pearly Tan meraih ganjaran RM 50,000 daripada pihak penaja, 100 Plus.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan dan M.Thinaah terus mendapat perhatian susulan prestasi membanggakan mereka sepanjang tahun ini, terbaru meraih insentif sebanyak RM 50,000 daripada pihak penaja, 100 PLUS.

Ganjaran istimewas ini merupakan pemangkin semangat untuk mereka bagi menghadapi kejohanan terakhir untuk tahun ini iaitu Akhir Jelajah Dunia BWF yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand pada 7 hingga 11 Disember.

Pearly dan Thinaah, merupakan duta jenama 100 Plus, meraih pingat emas ketika Sukan Komanwel Birmingham Ogos lalu disusuli melakar sejarah menjadi beregu wanita pertama dari Malaysia dinobatkan sebagai juara di Terbuka Perancis pada Oktober.

“Pihak 100Plus berharap agar insentif ini akan meningkatkan lagi motivasi Pearly dan Thinaah di Kejohanan Akhir Jelajah Dunia BWF kerana kami amat mengharapkan mereka mampu menjelmakan lagi prestasi memberangsangkan di kejohanan itu,” jelas Pengarah Perniagaan F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, Leong Wai Yin yang hadir memberikan ganjaran tersebut kepada Pearly dan Thinaah di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.