Mbappe wira kemenangan PSG, Neymar kena kad merah

Mbappe wira kemenangan PSG, Neymar kena kad merah

KYLIAN Mbappe menyempurnakan sepakan penalti untuk kemenangan PSG.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Kylian Mbappe muncul wira Paris Saint-Germain (PSG) apabila menyempurnakan penalti pada waktu kecederaan untuk membantu pasukan itu menang 2-1 ke atas Strasbourg dalam saingan Ligue 1 awal pagi tadi.

Mbappe kembali beraksi buat PSG, 10 hari selepas meledak hatrik bersama Perancis dalam final Piala Dunia yang menyaksikan mereka tewas kepada Argentina.

Ketika Mbappe menggembirakan penyokong PSG, seorang lagi bintang mereka, Neymar dibuang padang selepas menerima dua kad kuning, kekecewaan yang berterusan buat penyerang Brazil itu selepas negaranya tersingkir di suku akhir Piala Dunia.

Ketua pasukan, Marquinhos meletakkan tuan rumah di depan menerusi tandukan, namun pertahanan Brazil itu menjaringkan gol sendiri di minit ke-51 ketika beberapa bintang PSG masih belum dapat menyesuaikan diri selepas saingan Piala Dunia di Qatar.

Neymar menerima kad kuning pertama selepas mengasari pemain Strasbourg dan selang beberapa minit dia mendapat kad kuning kedua kerana sengaja merebahkan badan dalam petak penalti lawan.

Mbappe berusaha mencari gol kemenangan buat PSG, namun dua percubaan yang dilakukan gagal menemui sasaran.

Bagaimanapun, pada masa kecederaan dia dijatuhkan dalam petak penalti dan menyempurnakan sepakan untuk gol kemenangan pada minit ke-96.

Bintang Argentina, Lionel Messi yang membantu negaranya muncul juara Piala Dunia tidak berada dalam skuad PSG.

Kemenangan itu meletakkan PSG lapan mata di hadapan Lens, yang harus menewaskan Nice esok pagi untuk meneruskan persaingan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.