Manchester United sedia untuk dijual

Manchester United sedia untuk dijual

PROTES anti-Glazer yang dilancarkan penyokong Manchester United sejak bertahun-tahun lalu akhirnya mendorong hartawan Amerika Syarikat itu untuk menjual kelab dalam masa terdekat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Impian peminat Manchester United untuk menyingkirkan pemilik mereka, keluarga Glazer semakin hampir menjadi kenyataan apabila hartawan Amerika Syarikat (AS) itu mendedahkan perancangan untuk menjual kelab tersebut dalam masa terdekat.

Sejak lebih sedekad lalu, penyokong berusaha menganjurkan perhimpunan awam sebagai tanda bantahan Glazer mengurus tadbir United, dan terbaru ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Nottingham Forest, Rabu lalu.

Keluarga Glazer telah me­lantik Kumpulan Raine untuk menguruskan penjualan United dan firma pelaburan perbankan itu kini menyasarkan untuk mengambil alih sepenuhnya pasukan berkenaan pada suku pertama 2023.

Wartawan The Athletic, David Orstein mahu peminat menantikan tindakan pemilikan baharu United.

“Pihak Keluarga Glazer tidak akan membenarkan perbelanjaan wang yang mewah bagi sebarang tawaran ketika ini.

“Anda perlu perhatikan laporan ini kerana ia mungkin akan berlaku lebih cepat dari jangkaan dan mungkin detik besar dalam sejarah penubuhan Manchester United.

“Ketika berlaku banyak perubahan di atas padang, dan juga akan melibatkan pengurusan jika Bank Raine yang mengetuai proses ini berjaya.

“Ia cukup menarik untuk menantikan siapa yang akan mengambil alih kelab dan memacu mereka ke arah masa depan,” jelas Orstein.

Sir Jim Ratcliffe

Raine telah menawarkan harga sekitar 7 hingga 8 bilion pound (RM37 hingga 42 bilion) sebagai harga pendahuluan untuk proses pengambil alihan dalam usaha untuk mencari calon sesuai.

Hartawan syarikat teknologi kimia Britain, Sir Jim Ratcliffe telah pun menyatakan hasrat kepada Glazers untuk membeli United sebelum ini.

Bagaimanapun, masih dia memerlukan bantuan daripada beberapa pelabur lain.

Ahli perniagaan India, Mu­kesh Ambani yang dianggarkan mempunyai kekayaan sekitar 73 bilion pound (RM 388 bilion), juga turut dilaporkan berminat untuk menjadi sebahagian daripada United. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.