Malaysia ke separuh akhir skuasy berpasukan dunia

Malaysia ke separuh akhir skuasy berpasukan dunia

RACHEL Arnold (kiri belakang), Yee Xin Ying (kiri), Aifa Azman (tengah) dan Chan Yiwen meraikan kejayaan mereka mara ke separuh akhir pada Kejohanan Skuasy Berpasukan Wanita Dunia 2022 di Kaherah, Mesir, semalam. -Gambar World Squash Federation
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia mengesahkan tempat ke separuh akhir kejohanan Skuasy Berpasukan Wanita Dunia selepas menundukkan Hong Kong 3-0 di Kaherah, Mesir malam tadi.

Skuad kebangsaan yang membariskan pemain muda, bermula  langkah kanan apabila Aifa Azman yang menjadi pertaruhan Malaysia selaku perseorangan pertama menggalas tanggungjawabnya dengan baik apabila menewaskan Chan Sin Yuk 11-5, 11-5, 8-11, 12-10 dalam masa 33 minit.

Chan Yiwen memastikan kejayaan mutlak menjadi milik Malaysia, sekali gus mengesahkan slot ke peringkat empat terbaik apabila dia membenam pemain berpengalaman Hong Kong, Tong Tsz-Wing 11-1, 7-11, 11-0, 10-12, 11-6 dalam masa 42 minit.

Rachel Arnold yang turun ke gelanggang sebagai perseorangan ketiga melengkapkan kemenangan 3-0 Malaysia apabila dia hanya mengambil masa selama 26 minit mengetepikan Lee Ka Yi 11-6, 6-11, 11-7.

Cabaran getir bakal menanti pasukan negara dalam perlawanan akhir malam ini apabila berdepan tuan rumah yang juga pilihan utama dan juara bertahan, Mesir.

“Kami cuba mengorak langkah demi langkah, semalam (kelmarin) kami tewas kepada Perancis, selepas berbincang dengan rakan sepasukan, kami sepakat untuk saling menyokong antara satu sama lain dan teruskan perjuangan ini,” kata Yiwen.

Pencapaian terbaik skuad kebangsaan ialah pada 2014 apabila muncul naib juara selepas tumpas kepada England dalam perlawanan akhir di Kanada, sementara 2006, 2008, 2010 dan 2012 Malaysia menamatkan saingan di kedudukan ketiga.

Jurulatih Malaysia, Ajaz pula memberitahu, kemenangan ke atas Hong Kong amat bermakna buat Malaysia selepas tumpas kepada negara itu pada final Kejuaraan Berpasukan Asia di Korea Selatan, baru-baru ini.

“Selepas kekalahan itu, saya rasa para pemain mahu membalas dendam dan mereka benar-benar bersemangat,” ujarnya.

Ajaz berkata, selepas mengharungi tempoh yang gelap ekoran pandemik Covid-19, kejayaan mara ke separuh akhir merupakan satu pencapaian yang cukup cemerlang buat Malaysia. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya