Malaysia jumpa Hong Kong di suku akhir

Malaysia jumpa Hong Kong di suku akhir

RACHEL Arnold (depan) gagal memberi mata pertama buat Malaysia selepas tewas kepada Camille Serme dalam aksi terakhir Kumpulan D menentang Perancis di Kaherah, Mesir, semalam. – Gambar World Squash Federation
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hong Kong menjadi lawan Malaysia di suku akhir selepas skuad kebangsaan tumpas di tangan Perancis 1-2 dalam perlawanan Kumpulan D pada Kejohanan Skuasy Berpasukan Wanita Dunia 2022 di Kaherah semalam.

Dalam aksi terakhir pering­kat kumpulan, Malaysia yang menurunkan barisan ter­kuat dengan Rachel Arnold menge­tuai cabaran gagal mengutip mata pertama.

Pemain yang menghuni ranking ke-25 dunia itu tewas kepada pemain veteran ­Perancis, Camille Serme 7-11, 11-8, 6-11, 8-11 dalam masa 34 minit.

Ketinggalan 0-1, Aifa Az­man yang menggalas tanggungjawab perseorangan ke­dua bekerja keras mengikat kedudukan, namun, pemain muda itu akhirnya akur kepada Melissa Alves dalam pertarungan sengit yang berlangsung selama hampir sejam 10-12, 9-11, 11-6, 11-7, 6-11.

Satu-satunya kemenangan Malaysia dalam aksi terakhir Kumpulan D ialah menerusi Chan Yiwen yang mengambil masa selama 28 minit untuk menewaskan seorang lagi pemain veteran, Coline Aumard 11-7, 11-5, 3-11, 11-8.

AIFA tumpas kepada Melissa Alves.

Penampilan Perancis kali ini, dibantu oleh penampilan semula dua pemain mereka yang telahpun bersara iaitu Serme dan Aumard yang ke­dua-duanya berusia 33 tahun.

Bekas pemain No. 2 dunia, Serme mengumumkan persaraannya, Jun lalu, manakala, Aumard mengambil keputusan sama pada Julai lepas bersetuju tampil bagi membantu Perancis buat kali terakhir.

Bagaimanapun, perebutan tempat untuk muncul juara Kumpulan D bagi mengelak bertemu England yang diletakkan dalam Kumpulan C gagal dilakukan Perancis apabila pilihan ketiga itu ditimpa kekalahan mengejut kepada Hong Kong 1-2.

Malah, sebaliknya Malaysia yang muncul selaku naib juara akan beraksi menentang Hong Kong yang mengungguli Kumpulan C.

Percaturan jurulatih skuad kebangsaan, Ajaz Azmat yang pada awalnya meletakkan misi wajib menang ke atas Perancis, walaupun, menyifatkan peluang Malaysia hanya 50-50, kembali ke landasan asal selepas England turut muncul naib juara kumpulan.

Malaysia serta Hong Kong diletakkan sebagai pilihan 5/6 dan pertembungan di antara kedua-dua pasukan Asia itu dijangka sengit dengan peluang mara ke separuh akhir juga seimbang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.