Malaysia B mudah belasah Kemboja, 4-0

Malaysia ‘B’ mudah belasah Kemboja, 4-0

PEMAIN Harimau Malaya meraikan jaringan ketika menentang Kemboja dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Skuad kebangsaan mendapat tonik menjelang kempen Piala AFF bermula 21 Disember ini setelah membelasah Kemboja, 4-0 dalam aksi persahabatan antarabangsa kelas ‘A’ di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Berdepan Kemboja yang kini menghuni tanga ke-177 dunia, Malaysia membariskan sebahagian besar pemain baharu dengan Faisal Halim menggalas amanah selaku ketua pasukan.

Berbanding skuad yang membawa Malaysia layak ke Piala Asia 2023, pasukan kali ini hanya memiliki Faisal, Safawi Rasid, Brendan Gan dan Mukhairi Ajmal yang dianggap pemain senior dalam skuad Harimau Malaya.

Meskipun begitu, skuad kendalian Kim Pan Gon tidak menunggu lama untuk berada didepan apabila Faisal atau lebih mesra disapa Mickey bijak memperdayakan benteng terakhir Kemboja, Hul Kimhuy menerusi rembatan dari luar kotak penalti pada minit ketujuh.

Gol tersebut nyata menyemarakkan semangat pemain Harimau Malaya yang terus melancarkan serangan untuk menggandakan jaringan.

Pemain naturalisasi kebangsaan, Lee Tuck menggandakan kelebihan buat Malaysia pada minit ke-37 selepas menyempurnakan gerakan menarik satu, dua dengan Faisal untuk gol kedua.

Faisal terus membuktikan bisanya selaku peledak apabila menjaringkan gol ketiga buat pasukan dan kedua peribadi pada masa kecederaan separuh masa pertama.

Babak kedua terus memperlihatkan penguasaan Malaysia khususnya menerusi gandingan Stuart Wilkin, Lee Tuck dan Faisal.

Kemasukan pengantin baharu, Safawi Rasid menggantikan Faisal pada minit ke-60 menyaksikan mereka terus memberi tekanan kepada lawan.

Safawi hampir menemui sasaran selang lima minit dia dimasukan berpunca hantaran lintang Lee Tuck namun tandukannya sedikit tersasar melewati palang gol.

Tekanan berterusan dipamerkan Malaysia memastikan gol keempat terhasil menerusi jaringan Stuart Wilkin minit ke-85 dan keputusan 4-0 itu kekal sehingga tamat masa perlawanan.

Malaysia akan turun beraksi dalam perlawanan persahabatan seterusnya menentang Maldives di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur Cheras, 14 Disember ini sebelum mengharungi aksi sebenar Piala AFF bermula 21 Disember nanti. -UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya