Kian Meng-Pei Jing tumbangkan juara Olimpik

Kian Meng-Pei Jing tumbangkan juara Olimpik

TAN Kian Meng-Lai Pei Jing
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas kalah dalam tujuh perlawanan berturut-turut, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing akhirnya mengejutkan juara Olimpik, Wang Li Yu-Huang Dong Ping dalam aksi pembukaan kejohanan badminton Jelajah Dunia Akhir BWF di Bangkok hari ini.

Dalam pertarungan Kumpulan B yang berlangsung selama sejam seminit itu, Kian Meng-Pei Jing yang merupakan gandingan No. 8 dunia menang dalam pertarungan sengit 23-21, 14-21, 21-16 ke atas pencabar mereka yang menghuni ranking No. 4 dunia.

Kemenangan sulung itu juga meletakkan beregu profesional Malaysia tersebut di laluan yang lebih cerah untuk menempah slot ke separuh akhir.

Pasangan utama negara itu bagaimanapun bakal berdepan cabaran getir beregu No. 1 dunia, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai dari Thailand, Jumaat ini selepas pasangan tuan rumah itu menewaskan rakan senegara, Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran 21-6, 25-23.

Sementara itu, dalam beregu wanita, dua pasangan Malaysia, Pearly Tan-M. Thinaah dan Vivian Hoo-Lim Chiew Sien tumpas dalam perlawanan pertama masing-masing.

Beregu No. 9 dunia, Pearly-Thinaah tewas kepada wakil Indonesia, Siti Fadia Silva Ramadhanti-Apriyani Rahayu 21-23, 19-21 dalam aksi Kumpulan B, manakala, Vivian-Chiew Sien yang berada dalam Kumpulan A tunduk ditangan wakil Korea Selatan, Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong 18-21, 13-21. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya