Kemenangan 1-0 Tunisia ke atas Perancis hanya sia-sia

kemenangan 1-0 Tunisia ke atas Perancis hanya sia-sia

Penyerang Tunisia, Wahbi Khazri cuba melepasi kawalan pemain Perancis bagi aksi terakhir Kumpulan D Piala Dunia Qatar 2022 (AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Perlawanan terakhir bagi Kumpulan D antara Tunisia dan Perancis berlangsung cukup sengit dengan skuad kendalian Jalel Kadri perlu meraih kemenangan bagi meneruskan kemaraan ke pusingan kedua buat kali pertama dalam sejarah Piala Dunia Qatar 2022, sambil mengharapkan Australia tewas kepada Denmark dalam satu lagi perlawanan yang berlangsung serentak.

Perancis pula yang sudah pun mengesahkan tempat ke pusingan 16 terbaik menurunkan barisan kedua mereka tampak bergelut dengan serangan bertali arus Tunisia sejak awal permainan.

Usaha Tunisia berhasil apabila gerakan solo Wahbi Khazri pada minit ke 58 membuahkan hasil apabila berjaya melepaskan rembatan leret untuk menewaskan penjaga gol Perancis, Steve Mandanda bagi meletakkan pasukan Afrika itu mendahului 1-0.

Menyedari Les Blues semakin diasak dengan hebat, penggendali Perancis, Didier Deschamps segera membuat beberapa pertukaran dengan memasukan Adrien Rabiot, William Saliba untuk menguatkan benteng pertahanan serta Kylian Mbappe untuk mencari jaringan.

Drama kian mewarnai perlawanan ini sehingga ke masa tambahan, apabila jaringan penyamaan dicari Perancis akhirnya hadir menerusi Antoine Griezman.

Tatkala perlawanan sudah disangkakan tamat oleh semua pemain, pengadil perlawanan mengambil keputusan untuk menyemak keputusan tersebut menggunakan video bantuan pengadil (VAR), dan membatalkan jaringan penyamaan itu kerana Griezman berada dalam kedudukan offsaid.

Jaringan Khazri kekal hingga tamat perlawanan, bagaimanapun kegembiraan kem Tunisia tidak bertahan lama sejurus mengetahui harapan mereka ke pusingan mereka berkecai selepas Australia berjaya menumbangkan Denmark dengan keputusan 1-0.

Ia menyaksikan Australia mengutip enam mata untuk mengiringi Perancis ke pusingan 16 terbaik, manakala Tunisia pula akur di tangga ketiga kumpulan dengan mengumpul empat mata, sementara Denmark pula hanya mampu mengutip satu mata sahaja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya