Kem Senegal resah, Cisse tidak sihat

Kem Senegal resah, Cisse tidak sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AL KHOR, Qatar: Persiapan Senegal untuk berdepan England awal pagi esok di peringkat 16 terbaik Piala Dunia 2022 sedikit terganggu oleh tahap kesihatan jurulatihnya, Aliou Cisse.

Bagaimanapun, Cisse dijangka pulih dan akan berada di tepi padang untuk memberikan arahan kepada pasukannya dalam saingan kalah mati di Stadium Al Bayt nanti.

Pembantu jurulatih, Regis Bogaert berkata, Cisse tidak dibenarkan untuk mengendalikan sesi latihan pasukan semalam dan dia juga tidak akan mengendalikan sesi latihan terakhir Senegal.

“Dia (Cisse) mengarahkan kami (barisan kejurulatihan) untuk kendalikan pasukan semalam mengikut percaturan dan kaedah yang diberikannya.

“Namun, kami pasti esok dia akan ada untuk membimbing pasukan,” kata Bogaert.

Bagaimanapun, Bogaert tidak memaklumkan secara jelas mengenai masalah kesihatan dialami Cisse, sebaliknya memaklumkan jurulatih itu hanya mengalami demam.

“Disebabkan itu kami berjaga-jaga,” kata Bogaert.

Senegal mara ke peringkat 16 terbaik selepas menewaskan Ecuador pada aksi terakhir peringkat kumpulan sekali gus mengesahkan tempat di kedudukan kedua di belakang Belanda.-Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya