Johor juara Kejohanan Sepak Takraw Piala Emas Khir Johari

Johor muncul juara Kejohanan Sepak Takraw Piala Emas Khir Johari

Skuad sepak takraw Johor berjaya menumpaskan Angkatan Tentera Malaysia dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Titiwangsa sebentar tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Skuad sepak takraw Johor mencipta kejutan apabila menewaskan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2-0 sebentar tadi untuk menjulang gelaran juara Kejohanan Sepak Takraw Piala Emas Khir Johari buat julung kalinya.

Pada aksi di Stadium Titiwangsa itu, Johor mempamerkan aksi kemas untuk menafikan ATM yang mengidam untuk menambah koleksi kejuaraan ke 13 mereka.

Ketua jurulatih Johor, Ahmad Jais Baharun berbangga dengan kemenangan tersebut meskipun turun selaku pasukan bukan pilihan, namun barisan pemainnya berjaya untuk melakukan kebangkitan sekaligus melakar sejarah.

“Saya sangat gembira dengan kemenangan ini dan pemain memberikan yang terbaik meskipun turun bukan selalu pasukan pilihan kejohanan ini. Kita tahun ATM adalah pasukan terbaik.

“Sasaran awal kita adalah ke separuh akhir dan bila melangkah ke pentas pentas final barisan pemain yang diberi amanah menampilkan aksi cukup bertenaga untuk kita melakar kemenangan ke atas ATM,” jelas Jais sejurus tamat perlawanan.

Hasil kemenangan tersebut, Johor membawa pulang RM30,000 beserta trofi kemenangan dan ATM yang muncul selaku naib juara kejohanan tersebut membawa pulang RM20,000.

Pasukan Kuala Lumpur mengakhiri saingan tempat ketiga membawa pulang RM10,000 dan Perak yang menamatkan saingan tempat keempat sekali gus membawa pulang RM5,000 beserta pingat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya