Jaringan Giroud julang Perancis tewaskan England 2-1

Jaringan Giroud julang Perancis tewaskan England 2-1

Penyerang Perancis, Olivier Giroud meraikan jaringan kedua pasukan ketika menentang England dalam aksi suku akhir Piala Dunia 2022. (AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Pasukan Perancis dalam landasan terbaik untuk mempertahankan kejuaaran mereka selepas menewaskan England 2-1 dalam aksi suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Al Bayt sebentar tadi.

Skuad kendalian Didier Deschamps itu tidak menunggu lama untuk meledak gol pembukaan hasil ledakan cantik yang dilakukan oleh pemain tengah, Aurelien Tchouameni pada minit ke-17 selepas menyudahkan hantaran Griezmann dan membawa kelebihan tersebut sehingga tamat babak pertama.

Aksi di separuh masa kedua pula menyaksikan England berusaha keras untuk mencari gol penyamaan dan usaha itu membuahkan hasil selepas dihadiahkan sepakan penalti apabila Bukayo Saka dijatuhkan Tchouameni pada minit ke-52.

Kesempatan itu digunakan oleh Kane untuk menyamakan kedudukan sekali gus menjaringkan gol ke-53 di pentas antarabangsa dengan menyamai rekod legenda Three Lions, Wayne Rooney.

Tersentak dengan gol tersebut, Perancis mengukuhkan jentera serangan dengan Giroud memiliki beberapa peluang keemasan untuk kembali meletakkan pasukan di depan.

Penjaga gol England, Jordan Pickford akhirnya tertewas buat kali kedua selepas Giroud menanduk masuk gol kemenangan selepas menerima hantaran Griezmann pada minit ke-78.

England sekali lagi dihadiahkan sepakan penalti hasil keputusan video bantuan pengadil (VAR) selepas pemain gantian, Mason Mount dikasari oleh Lucas Hernandez pada minit ke-81.

Namun, kali ini nasib tidak menyebelahi Kane apabila rembatan yang dilakukannya tersasar sekali gus menyaksikan keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Perancis bakal membuat perhitungan dengan Maghribi di peringkat separuh akhir pada Khamis selepas pasukan Afrika itu melakar sejarah dengan menewaskan Portugal dalam satu lagi aksi perlawanan suku akhir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya