Gol Yooyen selamatkan maruah Thailand untuk ikat Indonesia 1-1

Gol Yooyen selamatkan maruah Thailand untuk ikat Indonesia 1-1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA:Perlawanan kumpulan A Piala AFF 2022 antara juara bertahan, Thailand dan Indonesia berlangsung dengan penuh drama apabila tuan rumah mempersia-siakan peluang untuk mengutip tiga mata di laman sendiri.

Indonesia yang mempunyai kelebihan sorakan padu ribuan penyokong di Stadium Gelora Karno gagal menterjemahkan aksi menarik mereka dengan kemenangan terutamanya peluang keemasan menerusi Witan Sulaeman pada minit ke 39 selepas pintu gol terbuka luas apabila penjaga gol Thailand, Kittiping Phoothawchuek membuat kesilapan dengan keluar daripada posisinya untuk menghantar bola.

Skuad Garuda Merah akhirnya menebus kesilapan itu sebaik babak kedua permainan bermula apabila bola sepakan Asnawai Mangku Alam terkena tangan pemain Thailand, Theerathon Bunmathan dalam kotak penalti.

Pemain naturalisasi Indonesia, Marc Klok tidak menghadapi masalah untuk meletakkan pasukannya di hadapan pada minit ke 50.

Thailand terus derita apabila kehilangan seorang pemain selepas Sanrawat Dechmitr yang beraksi untuk pasukan Kedah mengutip kad merah selepas mengasari Saddil Ramdani.

Bagaimanapun anak buah Mano Polking tidak berputus asa, dan hasilnya Sarach Yooyen melakukan rembatan deras dari luar kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol Indonesia, Nadeo Argawinata bagi menjadikan kedudukan 1-1.

Keputusan itu kekal sehingga tamat perlawanan dan menyaksikan Indonesia dan Thailand terikat dengan tujuh mata, namun Thailand memiliki kelebihan dari sudut jaringan.

Indonesia akan membuat perhitungan dengan Filipina pada Isnin untuk aksi terakhir kumpulan A, manakala Thailand pula akan berentap dengan Kemboja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya