Faisal lantik peguam dakwa gaji dipotong Terengganu FC

Faisal lantik peguam dakwa gaji dipotong Terengganu FC

FAISAL HALIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tonggak Harimau Malaya, Faisal Halim menyelar sikap tidak profesional bekas kelabnya, Terengganu FC yang bertindak memotong gaji terakhirnya tanpa sebarang surat amaran.

Pemain sayap itu berkata, dia tidak kisah jika gajinya hendak dipotong jika tindakan tersebut berpunca daripada kesilapannya sendiri.

“Tetapi biarlah ia dilakukan mengikut prosedur. Saya ada hubungi, saya mesej semua tak jawab.

“Kalau nak buat apa pun, saya tak kisah, saya sedia mengaku salah, tapi ikutlah cara yang betul, bagi surat potongan kepada saya atau surat amaran.

“Saya boleh terima, silap saya…saya mengaku kesalahan saya, tetapi bila saya dah keluar dari Terengganu, baru tindakan itu dibuat, saya tak kisah kalau dia nak potong gaji, bagi surat amaran ke saya tak kisah.

FAISAL Halim meraikan jaringannya bersama Lee Tuck ketika membantu kemenangan 5-0 Harimau Malaya.

“Masalah ini berlaku pada bulan Oktober, kalau tak silap mengenai kenyataan saya semasa di Kuantan… tetapi bila saya dah keluar baru potong gaji saya, banyak juga 15 peratus, gaji saya bukan besar, tak sampai RM100, 000, jadi saya terasa bila mereka potong gaji terakhir saya itu,” katanya.

Faisal berkata, demikian kepada pemberita selepas perlawanan Piala AFF menentang Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Menyifatkan hukuman yang diterimanya lebih bersifat peribadi, Faisal memberitahu, dia sedia memohon maaf dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki, jika, kesilapannya itu telah menyinggung pihak tertentu.

Ketika ditanya apakah tindakan selanjutnya, pemain berusia 24 tahun itu menjelaskan, dia akan melaporkan masalah tersebut kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), selain bercadang melantik peguam bagi memastikan haknya terbela.

“Saya ada tanya pelbagai pihak, saya dimaklumkan benda ini salah dan saya berhak untuk buat aduan kepada MFL.

“Saya akan minta surat tunjuk sebab, saya juga akan minta penyata gaji saya, selepas itu baru saya pegi ke MFL.

“Niat saya memang akan lantik peguam kerana cara itu tak kena, saya takkan berdiam,” tegasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya