England benam Senegal 3-0 untuk ke suku akhir

England benam Senegal 3-0 untuk ke suku akhir

KANE meraikan gol pertamanya di Piala Dunia 2022 ketika membantu kemenangan 3-0 England ke atas Senegal di Stadium Al Bayt hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AL KHOR, Qatar: England membuktikan kehebatan mereka dan hadir ke Piala Dunia 2022 sebagai antara pasukan pilihan selepas membenam cabaran Senegal 3-0 untuk layak ke peringkat suku akhir sebentar tadi.

Dalam aksi di Stadium Al Bayt itu, gol pertama England hadir menerusi Jordan Henderson pada minit ke-38 selepas menerima umpanan menarik Jude Bellingham untuk meletakkan anak buah Gareth Southgate di hadapan.

Sebelum berakhir separuh masa pertama, Harry Kane melepaskan rembatan deras untuk menewaskan penjaga gol, Edouard Mendy sekali gus meletakkan dia satu gol di belakang rekod Wayne Rooney yang meledak 53 gol untuk England.

Gol berkenaan juga merupakan jaringan pertama Kane di Piala Dunia 2022 selepas terlepas peluang dalam tiga perlawanan terdahulu di peringkat kumpulan.

Pemain sayap lincah, Bukayo Saka pula menghadiahkan gol ketiga dengan penyudah menarik untuk menewaskan Mendy selepas menerima hantaran lintang Phil Foden pada minit ke-57.

Setakat ini, England berjaya mengumpul 12 gol di Piala Dunia 2022 sekali gus menyamai jumlah gol Piala Dunia terbaik mereka sebelum ini yang dicatatkan di Russia pada 2018 apabila mara ke separuh akhir ketika itu

Kemenangan berkenaan menjamin tempat mereka ke suku akhir dan akan berdepan Perancis untuk menentukan slot ke separuh akhir.- Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya