De Gea gelakkan Sepanyol tersingkir?

De Gea gelakkan Sepanyol tersingkir?

TINDAKAN David de Gea memuat naik gambar sedang tersenyum sejurus selepas kekalahan Sepanyol menimbulkan tanda tanya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Penjaga gol Manchester Uni­ted, David de Gea didakwa ‘berseronok’ menikmati penyingkiran Sepanyol dari Piala Dunia 2022 selepas skuad La Roja dikejutkan oleh Maghribi, Selasa lalu.

Sejurus selepas Sepanyol ditunjukkan jalan ke­luar pada pusingan 16 akhir, De Gea memuat naik gambar sedang tersenyum dalam Instagram, sekali gus menimbulkan tanda tanya apakah dia ‘seronok’ dengan nasib menimpa La Roja.

Pengendali Sepanyol, Luis Enrique membuat keputusan mengejut apabila menggugurkan De Gea daripada skuad utama Sepanyol ke Qatar, biarpun pemain berusia 32 tahun itu dianggap lebih daripada layak untuk menyarung jersi No. 1.

Enrique sebaliknya ­memilih penjaga gol ­Brighton, Robert Sanchez dan David Raya (Brentford), selain meletakkan Unai Simon (Athletico Bilboa) sebagai penjaga gawang utama.

Selain De Gea, pemilihan Enrique ­turut dikritik kerana mengetepikan pertahanan kental Paris Saint-Germain (PSG), Sergio Ramos selain perancangan utama ­Liverpool, Thiago Alcantara.

Juara Piala Dunia 2010 itu gagal menyempurnakan sebarang sepakan penalti, manakala Maghribi meledak tiga gol ketika mereka tewas 0-3 dalam penentuan penalti yang menyakitkan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN