Badan korporat perlu bantu Yakeb

Badan korporat perlu bantu Yakeb

HANNAH dan Noorul Ariffin bersama waris penerima khairat kematian Yakeb di Bukit Kiara, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengalu-alukan kerjasama badan-badan korporat yang ingin menghulurkan sumbangan kepada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) bagi membantu bekas atlet kebangsaan.

Hannah berkata, sumbangan daripada badan-badan korporat adalah merupakan salah satu usaha murni untuk menyumbang kembali kepada bekas atlet yang sebelum ini sudah banyak menyumbang kepada negara menerusi pencapaian mereka.

“Apabila di waktu puncak atlet kebangsaan banyak memberi sumbangan kepada negara namun, bila sudah tua dan sakit, saya yakin Yakeb akan hadir sebagai penyelamat dan membantu mereka.

 “Jadi kami memang mengalu-alukan bantuan pihak korporat untuk bantu bersama-sama dengan mereka (Yakeb). Bagi memperkasakan lagi bantu kepada bekas atlet kita boleh serahkan kepada mereka.

 “Sebelum ini juga ada banyak isu yang sudah dibangkitkan oleh atlet mengenai kebajikan mereka terutama dari segi kesihatan apabila mereka sudah tua dan juga dari segi pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Cek Khairat Kematian kepada Waris Atlet Negara di pejabat Yakeb semalam yang turut dihadiri Pengerusi Yakeb, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed. 

Selain itu, Hannah juga berharap Yakeb akan meneruskan dan memperbanyakkan lagi aktiviti membantu bekas atlet pada masa akan datang.

 “Tanpa Yakeb sukar untuk kita memberi tumpuan kepada kebajikan bekas atlet kerana KBS banyak memberi tumpuan kepada prestasi sukan. Jadi tanpa Yakeb memang kita tidak mampu (mengambil berat soal kebajikan),” katanya.

Dalam pada itu, Noorul Ariffin berkata, Yakeb memberi sumbangan wang tunai bagi menyantuni keluarga lima bekas atlet negara dengan memberi sumbangan khairat kematian berjumlah RM3,000 (setiap keluarga).

Katanya, sumbangan berkenaan diberikan kepada keluarga, mendiang S. Sabapathi, Allahyarham Salahuddin Che Rose, mendiang Marciano Franco, mendiang S Sukumaran dan Allahyarham Hashim Mustapha.

“Kelima-lima bekas atlet ini adalah mereka yang mengharumkan nama negara pada era 70-an, 80-an dan 90-an dan kebetulan menteri hadir hari ini, jadi boleh menyampaikan khairat kematian kepada keluarga mereka,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya