Arsenal 100 peratus pencabar utama kejuaraan Liga Perdana

Arsenal 100 peratus pencabar utama kejuaraan Liga Perdana

PENYERANG Arsenal, Eddie Nketiah (kanan) meledak gol ketiga pasukannya, menewaskan penjaga gol West Ham, Lukasz Fabianski dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates, London semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bintang tengah West Ham, Declan Rice percaya, ­Arsenal mampu memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini selepas pasukannya tewas 3-1 kepada Gunners semalam.

Skuad kendalian Mikel Arteta melebarkan kedudukan pendahulu liga kepada tujuh mata mengatasi Newcastle dengan melakar kemenangan pada hari pertama liga bersambung selepas rehat Piala Dunia.

Kelab London itu merupakan pemilik 13 kejuaraan liga utama England tetapi tidak pernah ­memenangi kejuaraan sejak kali terakhir pada musim 2003-2004.
Ketika ditanya sama ada ­Arsenal boleh melepasi ‘ranjau’ sepanjang perjalanan, Rice berkata: “100 peratus.

“Mereka pasukan terbaik yang anda boleh lihat, mereka dilatih dengan sa­ngat baik, mempunyai banyak bakat ­menyerang. Skuad muda mereka boleh pergi jauh.”

Anak-anak buah Mikel Arteta kini melakar 10 kemena­ngan berturut-turut di laman sendiri biarpun beraksi tanpa ­penyerang utama, Gabriel Jesus akibat kecederaan lutut.

Gabriel Martinelli (kanan) meledak gol kedua Arsenal ketika menumpaskan West Ham United dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates, London semalam. – AFP

“Arsenal memberi kesukaran kepada kami. Pada separuh masa pertama kami cuba sedaya upaya untuk menghalang mereka, menguasai permainan dan bertahan dengan baik.

“Bagaimanapun kami gagal bertahan selama 90 minit ­kerana kami menentang pasukan terbaik di England ketika ini.

“Situasinya sama seperti ketika melawan Manchester City. Kami tidak dapat naik ke atas, mereka menyekat semua gerakan dan usaha yang cuba dilakukan,” katanya.

Sementara itu, Arteta memuji prestasi Gunners yang tetap menunjukkan ketenangan ­biarpun ketinggalan 0-1.

Bukayo Saka dan Gabriel Martinelli mengubah rentak permainan Arsenal hanya lima minit selepas separuh masa kedua bersambung sebelum ­Eddie Nketiah menyempurnakan gol ketiga untuk memberi tiga mata berharga.

Eddie Nketiah (kanan) meraikan jaringannya.

Skuad Hammers mengejutkan Arsenal apabila mendahulu pada minit ke-27 menerusi sepakan penalti Said Benrahma.

“Kami menunjukkan ketenangan dan tidak panik. ­Pemain melakukan apa yang perlu untuk mendapatkan kemenangan.

“Kami menjaringkan gol pada masa yang tepat dan penonton juga luar biasa pada saat kami dibolosi.

“Mereka terus percaya. Apabila kami menjaringkan gol pasukan menjadi kuat dan kami mendapat momentum yang diperlukan,” kata Arteta.

Selain Jesus, Arteta juga tidak menurunkan bintangnya yang beraksi dalam Piala Dunia di ­Qatar, William Saliba kerana dia baru kembali lapan hari selepas menjadi

sebahagian skuad Perancis yang tewas kepada Argentina di pentas akhir.

City boleh kembali merapatkan jurang dan memintas ­Newcastle di kedudukan kedua liga sekiranya juara bertahan itu menewaskan Leeds United esok. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN