Argentina berpeluh sebelum menang 2-0 ke atas Poland

Argentina berpeluh sebelum menang 2-0 ke atas Poland

Penyerang Argentina, Julian Alvarez (jersi no.9) meraikan jaringannya ketika menentang Poland bagi saingan Kumpulan C Piala Dunia Qatar 2022. (AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Argentina memastikan tiket ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia Qatar 2022 menjadi milik mereka selepas berhempas pulas menumbangkan Poland dengan keputusan 2-0 dalam aksi yang berlangsung di Stadium 974 sebentar tadi.

Skuad Albiceleste berpeluang untuk memimpin perlawanan selepas dianugerahkan sepakan penalti pada minit ke 38, namun penjaga gol Poland, Wojciech Szczesny bertindak cemerlang dengan menyelamatkan percubaan Messi, sekaligus menyaksikan tiada jaringan dihasilkan pada babak pertama.

Bersambung separuh masa kedua, Argentina tidak menunggu lama apabila hanya memerlukan kurang seminit untuk berada 1-0 di depan menerusi jaringan pemain tengah, Alexis Mac Allister yang menerima hantaran Nahuel Molina.

Enam minit berselang, penyerang Manchester City, Julian Alvarez meletakkan Argentina dalam kedudukan selesa selepas percubaan yang dilakukan berjaya menggegarkan gawang Poland buat kali kedua.

Memasuki 10 minit terakhir perlawanan, pasukan Amerika Selatan itu seakan-akan menurunkan tempo permainan dan bermain lebih selamat sebelum pengadil perlawanan meniup wisel penamat.

Kemenangan ini turut memberikan kelegaan buat anak buah Lionel Scaloni untuk mara ke pusingan seterusnya sebagai juara Kumpulan C, sambil diiringi Poland yang turut layak selepas mempunyai kelebihan jaringan mengatasi Mexico yang turut berkongsi empat mata dalam kumpulan.

Argentina bakal bertemu pasukan Australia di pusingan seterusnya pada Ahad selepas pasukan Socceroos itu mengesahkan kemaraan dengan  membenam Denmark 1-0 dalam Kumpulan D.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya