Zii Jia mudah lepasi halangan pertama di Australia

Zii Jia mudah lepasi halangan pertama di Australia

LEE ZII JIA. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia mudah melepasi halangan pertama kejohanan badminton Terbuka Australia selepas menumpaskan wakil tuan rumah, Rio Agustino 21-9, 21-11 di Sydney hari ini.

Diletak sebagai pilihan pertama kejohanan, Zii Jia perlu mara sekurang-kurangnya ke separuh akhir bagi memburu slot terakhir ke Jelajah Dunia Akhir di Bangkok bulan depan.

Pemain No. 2 dunia itu kini akan berdepan perseorangan meningkat naik dari China, Lu Guang Zu yang belum pernah menewaskannya dua pertemuan mereka.

Seorang lagi pemain profesional negara, Soong Joo Ven turut meneruskan cabaran apabila mengatasi pemain tuan rumah, Adam Dolman 21-12, 21-12 dalam tempoh 32 minit.

Pemain muda negara, Ng Tze Yong juga tidak menghampakan apabila mudah mengetepikan seorang lagi pemain tuan rumah, Jacob Schueller 21-13, 21-15.

Malang buat Cheam June Wei apabila langkahnya disekat pemain No. 20 dunia, Kenta Nishimoto dari Jepun 17-21, 14-21.

Dalam perseorangan wanita, Goh Jin Wei menjadi wakil tunggal negara berjaya meloloskan diri ke pusingan kedua setelah menumpaskan pemain India, Tanya Hemanth 21-15, 21-16.

S. Kisona sukar menyaingi pilihan ketiga kejohanan, Pornpawee Chochuwong dari Thailand, manakala sementara Soniia ditunjukkan jalan keluar oleh wakil Indonesia, Putri Kusuma Wardani.

Satu-satunya wakil Malaysia dalam acara beregu lelaki, iaitu Teo Ee Yi-Ong Yew Sin yang diletak sebagai pilihan keenam kejohanan melengkapkan hari cemerlang badminton negara apabila menyingkirkan pasangan Australia, Adam Jeffrey-Dylan Soedjasa 21-12, 21-15. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya