Zii Jia gagal raih tiket Jelajah Dunia Akhir

Zii Jia gagal raih tiket Jelajah Dunia Akhir

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menerima tamparan apabila disingkirkan pemain China, Lu Guang Zu pada pusingan kedua Terbuka Australia  di Sydney, sebentar tadi.

Zii Jia yang turun sebagai pilihan pertama bermula baik apabila melakar kemenangan pada set pembukaan, namun Guang Zu tidak mengalah dengan memberikan tekanan untuk bangkit di set kedua, sekali gus mengheret ke rubber set dan menang 22-20, 15-21, 16-21.

Kekalahan ini bermakna impian Zii Jia untuk membuat penampilan dalam Jelajah Dunia Akhir di Bangkok, Thailand pada 7 hingga 11 Disember depan berkecai kerana dia perlu mara sekurang-kurangnya ke separuh akhir bagi meraih tiket.

Turut tersingkir pada pusingan kedua Terbuka Australia seorang lagi perseorangan profesional negara, Soong Joo Ven yang tewas kepada Ikhsan Leonardo Imanuel Rumbay dari Indonesia 21-15, 18-21, 12-21.

NG TZE YONG

Kem perseorangan lelaki negara bagaimanapun menarik nafas lega apabila Ng Tze Yong menjadi wakil tunggal meneruskan perjuangan dengan menampilkan semangat juang yang tinggi ketika menumbangkan pemain Korea Selatan, Heo Kwang Hee 21-16, 19-21, 21-5.

Naib juara Sukan Komanwel itu dijangka tidak menghadapi masalah untuk mengetepikan pemain tuan rumah, Nathan Tang pada suku akhir esok.

GOH JIN WEI

Dalam perseorangan lelaki, Goh Jin Wei meneruskan kemaraan apabila cemerlang menafikan hasrat pemain India, Anwesha Gowda, 21-7, 21-13, sekali gus menempah pertemuan dengan pilihan ketiga dari Thailand, Pornpawee Chochuwong.

Beregu lelaki negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin yang diletakkan sebagai pilihan keenam turut meneruskan kecemerlangan apabila menewaskan pasangan tuan rumah, Ricky Cheng-Jack Wang, 21-6, 21-18.

Menanti mereka di suku akhir esok beregu Korea Selatan, Kang Min Hyuk dan Seo Seung Jae. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.