Team Haq bakal ‘menggegar’ Bera

Team Haq bakal ‘menggegar’ Bera

KEHADIRAN Team Haq bakal menjadi tarikan utama acara Santai eGames Karnival Keluarga Malaysia: Anak Muda Gegor Bera esok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peminat e-sukan berpeluang bertemu juara Kejohanan Liga Profesional Mobile Legends (MPL) MY Musim Ke-10, Team Haq dalam Karnival Keluarga Malaysia: Anak Muda Gegor Bera esok.

Pasukan e-sukan tersohor negara itu bakal membuat kemunculan bagi memeriahkan acara Santai eGames dalam karnival yang akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan menghimpunkan lebih 2,000 anak muda di Dewan Konvensyen Bera.

Pertandingan Santai eGames anjuran Miat Quadra Esport Club itu bakal menampilkan 190 peserta daripada 38 pasukan yang berentap dalam pertandingan e-sukan melibatkan anak-anak muda seluruh Bera dan kawasan sekitarnya.

Pada Oktober lalu, Team Haq mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai juara MPL MY musim ke-10, sekali gus meletakkan mereka di ranking keempat dunia.

Kemenangan itu juga membolehkan mereka mewakili ­Malaysia ke Kejohanan Dunia Mobile ­Legends Bang Bang M4 di Jakarta, Indonesia, tahun depan.

Pengerusi Miat Quadra Esport Club, Mohamad Lukman Afiq Mohamad Faizal berkata, objektif pertandingan itu adalah untuk melihat lebih ramai bakat muda dalam e-sukan.

“Kami berharap kejohanan ini dapat membuka mata banyak pihak agar pada masa hadapan lebih banyak peluang dapat diberikan kepada anak muda menjadi lebih berdaya saing,” katanya.

Antara pemain yang dijangka membuat kemunculan Muhammad Syafizan Najmi Kamarulzaman yang mesra disapa Garyy, yang memainkan peranan sebagai ‘jungler’ dalam pasukan.

“Ini peluang yang tidak seharusnya dilepaskan oleh peminat e-sukan untuk melihat sendiri aksi ahli Team Haq,” kata Garyy yang turut meraih gelaran Pemain Pa­ling Bernilai pada MPL MY.

Selain itu, karnival tersebut juga turut menyediakan pemeriksaan kesihatan, motorsikal serta gerai jualan dan kenderaan saji (foodtruck).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya