fbpx

Southgate belum puas hati

Southgate masih belum berpuas hati walaupun skuad bimbingannya meraih tiga mata pada aksi pertama Kumpulan B Piala Dunia 2022.

DOHA : Meraih tiga mata penuh pada aksi pertama Kumpulan B Piala Dunia Qatar 2022 dengan menewaskan Iran, 6-2 ternyata masih belum memuaskan hati pengendali England, Gareth Southgate .

Mendahului lawan tiga gol pada babak pertama sesuatu yang membanggakan namun melepaskan dua gol kepada Iran ketika pasukan menambah tiga lagi gol pada baki perlawanan kurang disenangi Southage.

“Sungguh saya tidak berpuas hati dengan penghujungnya. Memenangi dengan kelebihan itu, bermain sebagaimana kebanyakan perlawanan kami lalui sebelum ini, kami seharusnya gembira.

“Para pemain mengawal permainan dengan sangat baik. Tekanan yang kami lakukan sangat bagus, pergerakan kami sangat bagus. Saya tentunya sangat gembira. Tetapi kami tidak sepatutnya melepaskan dua gol pada peringkat ini. Kami lebih baik ketika menentang Amerika Syarikat,” ujar Southgate .

Pada perlawanan pertama itu, England memperoleh dua gol menerusi Bukayo Saka dan masing-masing satu gol daripada Raheem Sterling, Jude Bellingham, Grealish dan Rashford.

Iran pula meraih dua gol menerusi penyerang berbisanya, Mehdi Taremi.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN