Skuad bola sepak wanita dapat sentuhan Jordan

Skuad bola sepak wanita dapat sentuhan Jordan

SOLEEN juga Ahli Jawatankuasa Bola Sepak Wanita AFC sejak 2019. - IHSAN SOLEEN ZOU'BI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Unit Bola Sepak Wanita Persatuan Bola Sepak Jordan (JFA), Soleen Al-Zou’bi dilantik selaku ketua jurulatih baharu skuad bola sepak wanita kebangsaan.

Kehadiran Soleen yang juga Penolong Pengarah Teknikal JFA bakal menggalas tugas bermula 1 Disember 2022 dengan harapan dapat melonjakkan skuad bola negara.

Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Suraya Yaacob berkata, keputusan melantik jurulatih luar negara adalah langkah besar buat pasukan kebangsaan.

“Soleen bukan saja bertindak sebagai  ketua jurulatih skuad bola sepak wanita, malah beliau juga akan menggalas tugas selaku Ketua Unit Wanita FAM bagi merancang program-program berkaitan bola sepak wanita di negara ini.

“Kehadiran Soleen diharap mampu untuk melonjakkan bola sepak wanita di negara ini terutama dalam memastikan skuad bola sepak wanita kebangsaan dapat memberikan saingan terbaik di pentas antarabangsa,” katanya.

Tambahnya lagi, di peringkat domestik, FAM akan menjalankan Liga Wanita Nasional (LWN) dan Piala Tun Sharifah Rodziah

(PTSR) bagi musim 2023, selain bengkel-bengkel berkaitan bola sepak wanita dan paling utama, pelancaran Pelan Pembangunan Bola Sepak Wanita FAM.

Bagi tahun 2023, pasukan-pasukan kebangsaan wanita akan menghadapi Sukan SEA 2023 di Kemboja, Kelayakan Olimpik 2024, Kejuaraan Wanita AFF 2023, Kelayakan Piala Asia Wanita B-20 2024, Kejuaraan Wanita B-19 AFF 2023, Kelayakan Piala Asia Wanita B-17 2024 serta Kejuaraan Wanita B-16 AFF 2023. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya