Razie mahu pahat satu lagi sejarah

Razie mahu pahat satu lagi sejarah

PRESIDEN Konfederasi Hoki Malaysia, Datuk Seri Subahan Kamal memberi kata-kata semangat kepada pemain negara semalam menjelang final Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh malam ini. - IHSAN MHC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas memahat sejarah membuat penampilan ke-300 bersama skuad kebangsaan, Isnin lalu, Razie Abdul Rahim mahu memahat satu lagi sejarah malam ini, membawa Malaysia menjulang Piala Sultan Azlan Shah buat kali pertama.

Pakar sudut penalti itu meledak dua gol ketika membantu Speedy Tigers menumpaskan Jepun 4-2 untuk menempah pertemuan akhir dengan Korea Selatan.

Sejak dianjurkan pada 1983, penampilan terbaik Malaysia adalah muncul naib juara lima kali pada 1985, 2007, 2009, 2013 dan 2014.

“Pasukan sudah bersedia memahat sejarah menjuarai kejohanan kali ini.

“Bukan kami terlalu yakin tetapi semua pemain memasang impian besar dan bersedia sedia untuk memenangi trofi.

“Ia bukan perlawanan yang mudah, namun ini peluang terbaik kami untuk membalas dendam atas kekalahan 0-3 kepada Korea Selatan pada aksi pertama,” katanya.

AKSI Muhammad Razie Rahim (kiri) ketika membantu Malaysia menumpaskan Jepun untuk mara ke final Piala Sultan Azlan Shah, Isnin lalu.

Razie bukan sahaja melakar sejarah peribadi apabila membuat penampilan ke-300 ketika menewaskan Jepun 4-2, malah muncul penjaring terbanyak skuad negara dengan lima gol.

Dia yang berpangkat inspektor bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengakui skuad negara tidak beraksi baik ketika tewas kepada Korea tetapi me­nunjukkan momentum hebat dalam tiga aksi terakhir.

“Selepas melakukan analisis dan ulang tayang video, kami sudah mengetahui kesilapan dan akan memperbaikinya.

“Kami akan kekal beraksi sebagai satu pasukan, tidak kira siapa yang menjaringkan gol asalkan kami memenangi perlawanan itu.

“Saya tidak mungkin dapat menjaringkan gol menerusi pukulan sudut penalti jika rakan sepasukan tidak berusaha mendapatkan pukulan sudut penalti,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.