Qatar tak rela sejarah tercalar

Qatar tak rela sejarah tercalar

PEMAIN Qatar menjalani latihan di Doha semalam dalam persiapan menghadapi Ecuador pada aksi pembukaan Piala Dunia 2022 esok. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Felix Sanchez berkata, pasukannya akan melakukan segala yang termampu untuk memastikan mereka tidak kalah dalam aksi penuh bersejarah apabila Qatar membuat penampilan sulung Piala Dunia menentang Ecuador esok.

Qatar tidak pernah beraksi dalam sejarah Piala Dunia, namun pemilihan mereka sebagai tuan rumah pada edisi kali ini membolehkan skuad The Maroons merasai pentas bola sepak terbesar dunia itu buat kali pertama.

Sanchez menyeru rakyat negara itu memberi sokongan dalam apa bentuk sekali pun bagi menaikkan semangat ­pasukannya untuk menum­paskan Ecuador dalam Kumpulan A.

“Saya harap anda akan menikmati Piala Dunia di Qatar dan menyokong pasukan kami.

“Kami perlukan sokongan anda dan kami akan cuba untuk membuat anda bangga,” kata jurulatih Qatar itu.

Penyandang juara Asia itu sudah menjalani beberapa sesi latihan bagi menghadapi perlawanan sulung menentang pasukan dari benua Amerika Selatan itu yang baru sahaja mendarat di Doha kelmarin.

Sanchez turut menyatakan harapannya agar pemain mempamer kualiti permainan yang baik semasa menentang Ecuador, kerana itu akan menjadi permulaan kukuh bagi berdepan perlawanan ­seterusnya.

“Kami sudah menunggu lama untuk menyertai acara ini. Seperti yang dilihat, semua orang turut menantikan kejohanan ini. Kami rasa bangga menjadi sebahagian daripada perlawanan ini dan sudah tentu kami akan cuba melakukan yang terbaik.

“Kami sedang bermain di peringkat tertinggi dalam bola sepak, dan akan bersaing dengan pasukan-pasukan hebat dari seluruh dunia,” katanya.
Ecuador dianggap pasukan paling realistik untuk dikalahkan Qatar kerana akan berdepan dua lawan lebih getir, Belanda dan juara Afrika, Senegal selepas ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN